Ada Hati Jugak PKR Nak Bertanding....Calon di Kuala Besut...

KUALA TERENGGANU: Walaupun Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 lalu menyerahkan kerusi DUN Kuala Besut kepada PAS, namun ini tidak menghalang sekutunya PKR untuk menyatakan kesediaan mengemukakan kemuka calon pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, parti itu mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan berkenaan yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

“Saya yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik PAS beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU-13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

BN sekarang mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu. Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang tipis apabila berjaya memenangi 17 daripda 32 kerusi yang dipertandingkan itu.

Sebelum ini, BN dan PAS masing-masing menaruh keyakinan dapat menguasai DUN Kuala Besut. Pada pilihan raya lalu, Dr Abdul Rahman meraih 8,809 undi manakala calon PAS Napisah Ismail  mendapat 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.

Kuala Besut mempunyai 99 peratus pengundi Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana