Ustaz Kazim teruskan ceramah....

PENCERAMAH bebas, ustaz Kazim merupakan penceramah kegemaran saya. Namun, keputusannya berhenti menyampaikan ceramah dan dakwah agak mengecewakan saya sebagai peminatnya.
Ustaz Kazim sepatutnya meneruskan perjuangan menyampaikan dakwah kepada umat Islam khususnya dan seluruh manusia amnya. Beliau juga sepatutnya mengambil semangat ditunjukkan Rasulullah SAW.
Rasulullah pernah diasak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah serta ditawarkan dengan bermacam-macam habuan untuk memberhentikan dakwah Baginda. Namun Rasulullah SAW tidak menghiraukan semua itu kerana dakwah yang perlu disampaikan itu adalah perintah Allah.

Rasulullah SAW juga tidak gentar dengan onak ranjau di hadapan sepanjang perjalanan dakwah baginda, sehingga Islam mekar di pelosok dunia.Berdasarkan pengalaman mengikuti pelbagai ceramah agama pelbagai ustaz, saya dapat simpulkan penyampaian ceramah ustaz Kazim adalah profesional dan tidak berat.

Comments

Unknown said…
Alhamdullillah Ustz Kazim Elias. . .teruskan perjuangan anda berdakwah dijalan Allah swt. Pedulikan apa orang hendak kata, yg benar tetap benar.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana