Tunai janji dalam manifesto.. Sultan peringat Khalid, Exco Selangor...

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat agar menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti itu. Titah baginda, selain mengotakan segala janji-janji mereka, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya perlu sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

"Parti yang dipilih pada PRU13  janganlah  melupakan rakyat dan seharusnya menunaikan janji yang telah dilaungkan dalam manifesto ketika berkempen semasa pilihan raya umum," titah baginda.
Sebelum ini, selepas memenangi PRU-12 pada 2008, banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana gagal melasanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya, gagal memberi air percuma secara menyeluruh, tidak memberi bantuan elaun kepada ibu tunggal dan kanak-kanak yang belajar di peringkat taska.

Pada majlis ini, baginda turut mengingatkan Exco yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan jujur dan amanah selain terhindar daripada gejala rasuah.

Menurut baginda, sebagai wakil rakyat yang diberi amanah  pada PRU13 lalu, mereka perlu sentiasa memberikan khidmat bakti kepada rakyat Selangor dan tidak melupakan tanggungjawab dan tugas setelah berjaya menjadi 'Yang Berhormat'.

"Ahli-ahli Yang Berhormat perlu menyedari bahawa tugas exco adalah tugas yang diamanahkan rakyat negeri ini dan perlu dialksanakan.

"Jauhkan diri dari rasuah kerana ia akan menjatuhkan maruah dan merosakkan negeri Selangor. Rakyat juga amat benci dengan kepimpinan yang terlibat dengan rasuah.

"Janganlah setelah menang pada pilihan raya umum baru-baru ini, Yang Berhormat yang mulanya sanggup turun membantu rakyat hilang dan melupakan tanggungjawab," titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin Khamis berkenan mencemar duli hadir ke Balai Rong Seri bagi upacara mengangkat sumpah 10 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) di Istana Alam Shah, Klang  bagi penggal 2013 hingga 2018.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana