PKR jangan angkuh tolak muafakat - Dr Marthada


SHAH ALAM: PKR seharusnya tidak bersifat angkuh menolak salam permuafakatan yang dihulur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyatupadukan kaum negara ini, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed.

Jelasnya lagi, jika usaha itu tidak disegerakan, ia mampu mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara yang sebelum ini dikagumi negara-negara luar.

"Jika kita tak berusaha untuk mencapai perpaduan di antara sesama kaum, bangsa, bila lagi kita akan mulakan jika bukan sekarang? Kerana kita tak mahu bibit-bibit perpecahan yang mula timbul akibat perbezaan ideologi akan terus menular hingga menyemarakkan lagi api perkauman antara kaum dan sesama bangsa sendiri," katanya.

"Salam permuafakatan yang cuba dihulur PM perlu diteliti jika pun mereka tak setuju, perlu diteliti, mengadakan perbincangan, mungkin hantar rombongan untuk lihat apa yang diinginkan, apakah terma-terma dan syarat-syarat dan ke mana hala tuju yang diinginkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mengulas lanjut Dr Marthada berpendapat kepimpinan tertinggi PKR harus menunjukkan sikap yang positif menyambut langkah rekonsiliasi nasional agar menjadi ikutan di peringkat akar umbi.

Langkah untuk duduk semeja dalam membincangkan usaha permuafakatan ini perlu bagi kedua-dua pihak memahami dan menimbangkan usul, walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza, katanya.

Pada Kongres Nasional PKR ke-9 minggu lalu menyaksikan beberapa kepimpinan tertinggi parti itu, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak rekonsiliasi nasional seperti yang dicadangkan Perdana Menteri.

Dakwa Saifuddin, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berniat ikhlas selain tiada tindakan yang sejajar dengan permuafakatan itu.

Dr Marthada berkata pembangkang sekurang-kurangnya perlu membentuk jawatankuasa di peringkat parti untuk meneliti cadangan tersebut.

"PM telah melihat perkara ini, dan mungkin bila dia hulur salam permuafakatan itu ialah kerana beliau mungkin telah melihat dan analisis, jika ia belum dibuat pergolakan krisis di antara kaum akan tetap berlaku, jika tak ada usaha dibuat," katanya.

Tegasnya lagi, sepatutnya parti-parti pembangkang melihat langkah itu sebagai sesuatu yang positif, dan tidak menolak terus disebabkan ia diusulkan oleh parti lawannya.

Malah beliau juga meminta Pakatan Rakyat mengambil iktibar dan muhasabah diri melihat permasalahan kaum dan bangsa yang dialami sendiri di negara-negara jiran.

Najib ketika mengumumkan kemenangan BN dalam PRU13 5 Mei lalu mahu rakyat menolak golongan ekstrim termasuk golongan cauvinis yang menggunakan isu perkauman dalam mengelirukan rakyat.

Masalah perkauman yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu semakin memburuk apabila BN kurang mendapat sokongan pengundi Cina, akibat termakan dakyah dan helah parti pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana