Perjanjian sulit: 'Silat' Anwar nak tutup pekung sendiri...


Bukan Anwar bin Ibrahim orangnya kalau tiba-tiba mengaku memungkiri janji. Semua tuduhan terhadap Anwar, sesahih manapun, akan dinafikan terlebih dahulu dan fikir macam mana hendak 'pusing'.

Terbaru kes perjanjian sulit yang dilaksanakan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, antara Anwar dan Datuk Seri Najib Razak.

Perjanjian tersebut mudah, siapa kalah terima dan akui kemenangan pihak lawan. Jusuf Kalla kata beliau jadi orang tengah sebab baik dengan kedua-dua pemimpin tersebut dan ilham buat perjanjian tersebut dari Anwar sendiri.

Jusuf mendedahkan perkara tersebut kepada wartawan akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Kata Jusuf dan disiarkan oleh WSJ ada perjanjian bertulis antara Anwar dan Najib tetapi Anwar tidak mematuhinya.

Kata Jusuf pada 6 Mei, ketika beliau menemui Anwar supaya beliau memenuhi komitmennya, ketua pembangkang itu jawab 'tidak, tidak, tidak, tidak..."

Anwar dalam reaksi awal pada WSJ menafikan beliau yang suruh Jusuf Kalla jadi orang tengah, katanya Jusuf 'pandai-pandai sendiri'.

Namun hari ini, untuk media Malaysia, Anwar pusing lagi....

Anwar macam biasa salahkan Najib yang dakwanya enggan tandatangan perjanjian tersebut.

"Dia tidak menandatanganinya, sebenarnya sebelum saya menandatanganinya, Pak Jusuf pergi kepada Najib dan beliau berkata, 'Tidak'.

"Tiada kontrak, Najib berkata, beliau bersetuju, bahawa dia adalah seorang lelaki yang mulia, tetapi beliau PM yang tidak ada keberanian untuk sign walaupun dah setuju," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR Isnin.

Sementara itu, mengulas mengenai siri himpunan 'Blackout 505' yang diadakan semakin kurang sambutan, Anwar menyatakan akan terus mengadakan himpunan tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap SPR yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana