Pemuda PAS Sedia Tanggung Kos Guaman Adam Adli & Safwan Anang...Pergghh Orang Seperti Ini Pun Nak Di Angkat PAS

                                                           Adam Adli Abdul Halim

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menanggung kos guaman sepanjang kes perbicaraan dua aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan Muhammad Safwan Anang yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata DPPM juga sedia membantu dengan menyediakan peguam daripada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) bagi membela anak muda yang didakwa di mahkamah.
                                                                        Safwan Anang

"Justeru, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan anak-anak muda ini, DPPM dengan ini menawarkan untuk menanggung kos guaman buat Safwan Anang dan Adam Adli sepanjang kes perbicaraan mereka di mahkamah.

"DPPM menyanjung tinggi keberanian anak muda ini dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan risiko ditangkap dan dipenjarakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Raja Ahmad berkata keenganan Safwan Anang yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diikat jamin sebanyak RM5,000 membuka mata semua pihak bahawa dia adalah simbol rakyat yang dizalimi.

"Dia menunjukkan keseriusan anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian 'nazak' di negara ini.

"Kita melihat kebangkitan anak muda seperti Safwan Anang dan Adam Adli sebagai fenomena luar biasa di negara ini," katanya.

Beliau menyifatkan penangkapan kedua-dua anak muda tersebut sebagai kebangkitan golongan muda di negara ini.

"Kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun dengan memenjarakan ikon mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak muda.

"Dua orang anak muda ditangkap, ribuan lagi Safwan Anang dan Adam Adli akan muncul dari celahan kebangkitan anak muda di negara ini," katanya.

Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan pada satu forum 13 Mei lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Jalan Maharaja Lela di sini antara pukul 8.55 malam pada 13 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana