Pemimpin PAS perlu muhasabah diri - Penganalisis Balun Pemimpin PAS Yang Keras Kepala

SHAH ALAM: Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta 'muhasabah diri' berhubung penyatuan parti Islam itu dengan Umno, kata penganalisis politik.

Malah, menurut Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah bekas Menteri Besar Kelantan itu perlu 'membuang yang keruh dan mengambil yang jernih' demi kepentingan ukhwah masyarakat Islam negara ini serta memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama.

Katanya, sebagai seorang ulama Nik Aziz tidak seharusnya lantang mengkritik pihak lain kerana tidak ada sesiapa termasuk pemimpin atau ulama yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kecuali Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya lagi, tindakan tegas Nik Aziz yang tidak membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno, selagi beliau masih hidup hanyalah memperlihatkan sikap pendendam seorang pemimpin PAS.

"Nik Aziz patut menyedari bahawa manusia mempunyai kesilapan-kesilapan tersendiri, melakukan kesilapan yang disedari atau tak disedari selama hidupnya. Dan sebagai orang Muslim, kita mestilah mempunyai semangat ukhwah dan saling maaf-memaafkan.

"Sedangkan Allah SWT sendiri memberi peluang untuk kita bertaubat dan menggalakkan kita saling bermaafan. Kenapa sebagai seorang ulama, dia begitu taksub dengan sikap dendamnya yang tak berkesudahan itu," katanya kepada Antarapos.

"Macam apa yang dikatakan oleh Ustaz Nasharudin (Mat Isa) dulu, tak semua yang ada dalam PAS itu malaikat, dan tak semua yang ada dalam Umno itu iblis, tambahnya.

Harakahdaily hari ini melaporkan Nik Aziz menegaskan, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno, selagi masih hidup.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, PAS sememangnya tidak akan membuka ruang persefahaman dan perpaduan antara kedua-dua parti itu, atas alasan berbeza ideologi.

Tambahnya, selain itu juga, kerjasama PAS dengan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang mengejar kuasa politik semata menjadi 'penghalang' perdamaian antara parti Islam itu dengan Umno.

"Mengharapkan kerjasama antara PAS dan Umno sama seperti mengharapkan kucing bertanduk.  (Tidak bergabung) sekurang-kurangnya sementara waktu, selagi Datuk Nik Aziz ada dan selagi landasan perjuangan mereka tidak sama, matlamat mereka tidak sama.

"Kerana matlamat PAS bersama komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menuju ke Putrajaya. Jadi dalam keadaan begitu, bagaimana nak mengharapkan PAS mahu bergabung dengan Umno?,"soal beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana