'PAS-Umno tidak akan bersatu selagi saya hidup'..Masyallah..Apa Nak Jadilah Nik Aziz Ni

SHAH ALAM: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi masih hidup, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, parti adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli terutamanya melalui muktamar.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu yang dipetik dari portal Harakahdaily.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya 2013, PAS hanya memenangi 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi. Mereka cuma mampu mengekalkan penguasaan terhadap Kelantan tetapi gagal untuk mempertahankan negeri Kedah yang mereka menangi pada 2008.

Umno pula meningkatkan kerusi Parlimen mereka dengan menguasai 88 daripada 133 kerusi yang dimiliki BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana