'PAS perlu beri jawapan balas kepada Shamsul'

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan reaksi perlu diberikan terhadap kritikan keras sayap pemuda PKR ke atas presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan watikah bertanding kepada calon parti itu yang terbabit isu pertindihan kerusi dengan calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal bulan ini.

Jelas Nasrudin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berhak untuk mengkritik sesiapa sahaja termasuk Abdul Hadi sambil menambah ia tidak akan menjadi punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

"Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku.

"Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya itu adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan?," katanya kepada Antarapos.

Justeru tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, bagi mengelakkan timbul prasangka dan salah faham di kalangan masyarakat jawapan balas harus dikemukakan terhadap kritikan yang dilemparkan Shamsul.

"Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka, ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.

"Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya," katanya.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil pada 24 Mei lalu dalam persidangan Kongres PKR ke-9 dilaporkan secara lantang mengkritik pimpinan PAS terutama Abdul Hadi atas tindakannya mengeluarkan watikah bertanding calon PAS hingga menyebabkan pertindihan calon.

Tambah Nasrudin, beliau secara peribadi menerima apa jua kritikan yang dilemparkan itu.

"Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana