PAS akui tak tahu status terkini agihan exco

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata sehingga kini masih belum ada sebarang maklum balas daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung agihan jawatan exco kerajaan negeri antara parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Antarapos, Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru berkata pihaknya tidak mengetahui status barisan exco yang akan mengangkat sumpah pada Khamis ini.

"Setakat ini saya pun tak dapat apa-apa maklum balas dari Menteri Besar sehingga sekarang," jawabnya ringkas.

Tambah beliau, PAS Selangor telah memberikan dua pilihan kepada Pakatan dalam memutuskan pelantikan barisan exco yang baru.

"Kita dah bagi dua pilihan and kita Pakatan 'agree' bagi mana-mana dua pilihan itu," katanya.

Semalam Khalid berkata berkata majlis mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan pada Khamis ini di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau berkata ia diputuskan selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dan berpuas hati dengan senarai exco yang dikemukak6an ketika beliau mengadap baginda pagi tadi.

Pakatan mengekalkan kuasa di Selangor setelah menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, namun sehingga hari ini gabungan itu buntu dalam membuat pelantikan barisan exco.

Perebutan itu berlaku selepas PAS dan DAP memperoleh 15 kerusi DUN sementara PKR 14 kerusi.

Pada 2008, PAS hanya memperoleh lapan kerusi, PKR pula 15 kerusi dan DAP sebanyak 13 kerusi. Berdasarkan penggal lalu, PKR memegang empat jawatan exco, manakala PAS dan DAP masing-masing tiga jawatan.

Setakat ini, Khalid mengesahkah akan melantik berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu seramai empat orang exco daripada PAS manakala DAP dan PKR masing-masing mendapat tiga exco.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana