Pakatan tak hormati Agong - Dr Atory

SHAH ALAM: Gesaan pembangkang supaya pengurusan tertinggi SPR meletakkan jawatan seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurut Ahmad Atory, kuasa pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan lima anggota lain dalam SPR adalah di bawah Agong.

“Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan jika Agong bertitah sedemikian maka barulah kena pada tempatnya (pentadbiran SPR meletakkan jawatan),” katanya mengulas tindakan pembangkang yang mahukan pentadbiran SPR meletakkan jawatan atas alasan penipuan dalam PRU13, 5 Mei lalu.

Justeru katanya, bukan sewenangnya mana-mana pihak boleh minta pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan tersebut.

Gesaan itu juga dikemuka Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan ekoran dakwaan kegagalan badan itu adakan pilihan raya yang bersih.

Susulan itu, pembangkang mengadakan perhimpunan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap keputusan PRU13.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendakwa kemenangan PR dirompak oleh BN selain menuduh SPR mengkhianati amanah rakyat dengan memberi kemenangan kepada BN.

Tuduhan dilempar terhadap SPR termasuk isu dakwat kekal, pengundi hantu, keraguan kertas undi, dan lampu padam di pusat kira undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana