NGO ugut turun ke jalanan jika SPR tak dipecat..Kurang Ajar Betul..Buatlah Kalau Berani?


SHAH ALAM: Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan memberi amaran bahawa mereka kini bersedia turun ke jalanan sekiranya pegawai utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dipecat ataupun meletakkan jawatan mereka.

Berikutan Himpunan 505 yang kesembilan di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu lalu, antara penganjur perhimpunan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata himpunan berkenaan hanya "satu permulaan kepada gerakan #SuaraRakyat505".

"Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalan raya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.

"Gabungan ‘Suara Rakyat 505′ tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu iaitu SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihan raya semula yang bakal berlangsung," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Kumpulan itu juga menggesa 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, atau ke mana jua asalkan ia menepati saranan SPR meletak jawatan.

Sehubungan itu, mereka meminta orang ramai supaya mendaftar di laman web mereka.

"Pendaftaran juga merupakan sebuah manifestasi orang ramai mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan," petik kenyataan itu lagi.

Himpunan pada Sabtu lalu dan beberapa lagi dikatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis yang sewajarnya kepada pihak polis.

Hari ini, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya  tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.

Katanya, pembangkang seharusnya mengumpulkan segala bukti dan mengemukakannya kepada mahkamah untuk diadili kerana penganjuran perhimpunan demi perhimpunan tidak akan menjamin sebarang perubahan.

Ironinya, pembangkang tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya yang dimenangi mereka di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana