DUA PEMIMPIN PEMBANGKANG DI PERAK DIDAKWA MENGIKUT AKTA PERHIMPUNAN AMAN

Ipoh, 27 Mei - Dua pemimpin pakatan pembangkang di Perak
hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan pada 9 dan 12 Mei lepas.

Anggota Parlimen Ipoh Timur Su Keong Siong, 47, dan Setiausaha PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria, 46, yang berpakaian sut hitam, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Su didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Wisma Chin Woo, No. 36 Jalan Hussein di sini pada pukul 7.30 malam, 9 Mei lepas manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan sama di hadapan pejabat PKR, No. 10, Jalan Medan Istana di sini pada 7.30 malam, 12 Mei lepas.

Su dan Mohammad Anuar didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Julie menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan kedua mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM4,000 seorang dan seorang penjamin.

Su diwakili panel peguam yang diketuai Gobind Singh Deo manakala Mohammad Anuar diwakili panel peguam yang diketuai Baldip Singh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana