Cemar imej negara: 6,564 rakyat Malaysia disenarai hitam

Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan 6,564 warga negara Malaysia kerana melakukan pelbagai kesalahan di luar negara, sekali gus menyebabkan mereka dilarang untuk keluar antara tiga hingga lima tahun seperti diperuntukkan Akta Pasport 1966.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti melanggar peraturan imigresen negara dikunjungi, berkait dengan kegiatan jenayah dan tindakan mencemar imej negara.

“Mereka yang dikenal pasti itu, apabila kembali ke negara ini, maka tindakan diambil termasuk membatalkan pasport mereka, menyebabkan mereka tidak boleh keluar dari Malaysia.

“Tiada undang-undang yang boleh halang rakyat Malaysia pulang ke negara ini tetapi kerajaan boleh halang mereka daripada keluar apabila melakukan kesalahan di luar negara,” katanya.

Media melaporkan imigresen sedang mengesan rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar yang didapati melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang serta mencemar imej negara.

Tindakan tegas itu diambil berikutan keghairahan segelintir rakyat Malaysia yang dikesan melakukan perbuatan memburukkan nama negara termasuk melakukan demonstrasi serta mempamerkan bendera Malaysia secara terbalik di luar negara.

Dalam pada itu, Alias meminta mana-mana rakyat Malaysia di luar negara supaya pulang ke tanah air dan menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem sedia ada, bukan berbuat demikian di luar negara.

Mengenai rakyat asing di negara ini, Alias berkata, pasport mereka juga boleh dibatalkan dan diusir keluar jika menyalahi undang-undang negara seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

Menurut Alias, pihaknya tidak teragak-agak bertindak tegas termasuk melarang mereka daripada memasuki negara ini bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

“Rakyat Malaysia yang melanggar undang-undang dan memalukan negara boleh disenarai hitam, pasport mereka boleh dibatalkan antara tiga hingga lima tahun. Kami sedang menunggu laporan Wisma Putra berhubung rakyat kita yang melakukan perbuatan sedemikian di luar negara.


“Bagi rakyat asing di Malaysia yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan menyertai sebarang aktiviti menjatuhkan imej negara ini pula, mereka boleh diusir ke negara asal selain disenarai hitam sehingga lima tahun,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London, didakwa memburukkan nama negara selepas mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan PRU-13 di beberapa lokasi di bandar raya berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana