Anwar Ibrahim amal politik beri betis mahu peha

Pada hari terakhir beliau bergerak sebagai seorang insan bebas pada 20 September 1998, Anwar Ibrahim menyaksikan berpuluh ribu manusia di Dataran Merdeka berhimpun untuk menunjukkan solidariti dengan dirinya yang dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selepas itu beliau “direhatkan” selama enam tahun menghadapi perbicaraan yang berleretan lebih dua tahun. Sepanjang tempoh itu beliau meringkuk dalam tahanan. Ketika ditahan tidak putus-putus demonstrasi jalanan dianjurkan oleh penyokong-penyokongnya.

Dari celah jeriji besi penjara Sungai Buloh Anwar mengarahkan pelbagai strategi politik untuk menghangatkan isu penahanannya. Penyokong-penyokongnya membantu isteri beliau, Wan Aziz Wan Ismail untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) dan bertanding dalam pilihanraya umum 1999.

PKN menang lima kerusi. Sementara itu leftenan-leftenan politiknya tidak putus-putus diutus ke seluruh pelosok dunia untuk meraih simpati akan nasib politiknya.

Bagaimanapun Anwar berjaya dalam rayuan terhadap hukuman penahanannya dan dibebaskan pada 2004. Sejak itu Anwar masih terngiang akan laungan reformasi pada hari kebebasannya diragut pada September 1998. Hingga hari ini, hanya laungan seperti itu menjadi penghibur dan pelepas dendamnya pada sistem politik Malaysia.

Hari ini sudah hampir lima belas tahun Anwar melatih diri dan panglima-panglima politiknya untuk menuntut “hak” kebebasannya bersuara. Entah sampai bila Anwar akan bertindak begini hanya masa akan menentukan.

Walaupun pakatan pembangkang yang dipimpinnya mencatatkan kejayaan lebih besar pada 5 Mei lalu berbanding pencapaiannya pilihanraya umum pada 2008 Anwar belum berpuas hati. Beliau nampaknya tidak akan berasa aman sehingga dendamnya untuk menjadi perdana menteri dan membetulkan “kepincangan” sistem Malaysia tercapai.

Sayugia diingat Anwar pernah menikmati kuasa selama lebih 17 tahun ketika beliau dalam Umno yang disertainya pada 1982. Daripada seorang Timbalan Menteri, Anwar meningkat memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kuasanya hampir mutlak apabila Tun Mahathir bercuti tiga bulan dan menobatkan beliau Pemangku Perdana Menteri.

Lantas kehilangan kuasa selama enam tahun adalah pengalaman amat pahit bagi Anwar. Maka apabila peluang untuk menterbalikkan keperitan politik itu kepada nikmat kuasa kembali lesap selepas jam 1 pagi 6 Mei lalu apabila BN diisytiharkan bwrkuasa semula, Anwar tidak boleh menerima hakikat ini.

Dengan sokongan DAP yang sentiasa mengkobarkan semangat Anwar untuk terus berkempen menentang apa yang dikatakan “penipuan” Suruhanjaya Pilihanraya, Anwar bak orang yang hilang arah. Beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memprotes keputusan pilihanraya umum ke-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana