Tamparan Hebat Buat Jentera PAS Ayer Hitam boikot calon bukan Islam...Padan Muka


JOHOR BHARU: Jentera pilihan raya PAS di kawasan Parlimen Ayer Hitam didakwa memboikot calon yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong parti itu, Hu Pang Chaw.

Tindakan itu dipercayai sebagai protes terhadap PAS meletakkan calon bukan Islam di beberapa kawasan Johor mengakibatkan jentera parti itu gagal berfungsi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), 5 Mei ini.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata isu tersebut bukan lagi rahsia kepada penduduk di Parlimen Ayer Hitam dan ia terbukti apabila kempen yang diadakan calon tersebut kurang mendapat sambutan.

"Akhirnya Allah beri satu petunjuk. Contohnya di Ayer Hitam, PAS bermati-matian tolak calon BN yang bukan Islam. Kononnya mereka tidak mahu berkhalifahkan bukan Islam dan bukan Melayu.

"Tetapi pada masa yang sama, mereka letakkan calon Cina. Sebab itu mereka di sini ditolak.

"Tetapi sekarang dia sendiri ditolak oleh PAS dan mereka boikot jentera parti PAS di Ayer Hitam. Ini bukan lagi rahsia tersembunyi. Ini rahsia terbuka di masyarakat Ayer Hitam," katanya dalam satu wawancara bersama Antarapos.

Hu Pang Chaw dan Ketua Wanita sayap PAS, R Kumutha Raman merupakan dua calon bukan Islam yang akan bertanding menggunakan tiket PAS di Johor pada PRU13.

Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha pula di kerusi DUN Tiram.

Sebelum ini PAS yang lantang memperjuangkan Islam mendakwa Umno kafir apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana