PRU-13: Pas guna nombor akaun bank parti kutip tabung Lahad Datu


NILAI 29 April - Rakyat seharusnya menilai sendiri sikap Pas yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sanggup memperdayakan orang ramai terutama ahli-ahlinya untuk menderma kepada tabung yang kononnya untuk tabung perajurit Lahad Datu tetapi sebenarnya menggunakan nombor akaun bank parti tersebut.

Presiden Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia, Negeri Sembilan, Khaidir Jamal memberitahu, ia diketahui oleh orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung dengan nama khusus Tabung Perajurit Tragedi Lahat Datu nombor akaun Maybank 564025400414 itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila wang sumbangan dimasukkan ke mesin pendeposit wang (CDM) Maybank dan menekan nombor akaun tersebut, ternyata ia bukan nombor akaun tabung berkenaan sebaliknya tertera nama Parti Islam Semalaysia.

Menurutnya, perbuatan Pas itu sebenarnya menipu rakyat kerana tabung itu dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat dan dipromosikan dalam portal rasmi parti itu, Harakah Daily sejak Mac lalu tanpa menyatakan bahawa ia adalah tabung yang menggunakan nombor akaun parti tersebut.

"Tabung lain untuk wira-wira Lahad Datu termasuk yang dikendalikan oleh Media Prima Berhad, menggunakan nama tabung itu sendiri pada akaun bank yang diberi kepada orang ramai dan wang yang dikutip diserahkan kepada Amanah Raya Berhad untuk diagih-agihkan kepada keluarga waris wira-wira terbabit.

"Sebaliknya, tabung yang dilancarkan oleh Pas menggunakan nombor akaun yang sama dengan akaun nama parti itu. Jadi siapa yang tahu wang mana untuk wira-wira Lahad Datu, wang mana yang milik parti itu dan kita pun tak tahu siapa yang urus serta agih-agihkan wang itu."Pas sebenarnya cuma mahu ambil kesempatan daripada kejadian di Lahad Datu untuk mendapatkan duit daripada orang ramai sedangkan wang kutipan dicampurkan ke dalam wang parti, ini suatu penipuan dan rakyat telah diperdaya," katanya.

Beliau berucap sebagai penceramah undangan pada program anjuran UMNO Cawangan Nilai di Rumah Rakyat Nilai di sini malam tadi.Khaidir turut menunjukkan menerusi layar kepada para hadirin gambar perbezaan memasukkan wang ke CDM Maybank untuk nombor akaun Tabung Wira Lahad Datu Media Prima yang tertera nama penuh tabung itu berbanding tabung dikenalikan Pas itu yang memaparkan nama parti itu sebagai pemilik akaun tersebut.

"Tuan-tuan boleh cuba sendiri di mesin-mesin CDM, anda boleh buat keputusan sama ada memasukkan sumbangan kepada wira-wira Lahad Datu ke akaun yang tertera nama Pas atau ke dalam akaun Tabung Wira Lahad Datu yang sebenar-benarnya.

"Mereka kata perjuangkan Islam dan tuduh dan membuat tohmahan BN tipu itu dan ini, tetapi bab duit sumbangan kepada waris-waris anggota pasukan keselamatan yang telah meninggal dunia, mereka masukkan ke akaun mereka... bukankah ini menipu rakyat namanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana