Penceramah PKR maut nahas di Shah Alam


SHAH ALAM: Seorang penceramah dari PKR maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

"Siasatan mendapati mangsa diserang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana