Pastikan Husam kalah teruk di Putrajaya - Dr. Mahathir



PUTRAJAYA 27 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesa pengundi di Putrajaya agar memastikan calon Pas, Datuk Husam Musa kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.
Kita tak boleh percaya orang macam ini," kata Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Presint 9 hari ini.
"Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kuali, minyak kelapa dah pandai barulah jadi PM."
"Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat," tegas beliau.Dr. Mahathir yakin penduduk Putrajaya akan mengekalkan pentadbiran Putrajaya di bawah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Husam berhadapan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana