Khalid tuduh Najib "najis" Inilah Khalid Yang Sebenarnya...Mulut Tak Boleh Dipakai


SHAH ALAM: Tertekan untuk berpaut kepada kuasa, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak biadab hari ini apabila menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “najis” dan “cetek” fikiran.  
Menteri Besar Selangor itu menggunakan ungkapan kesat itu apabila memperlekehkan komitmen Najib menurunkan harga rumah di Kampung Bukit Botak kepada RM70,000 jika BN diberikan mandat untuk mentadbir Selangor."Jadi itu menunjukkan Najib itu 'najis'. Benda yang sudah diselesaikan tak payah diteruskan lagi. Kalau Najib ada duit lebih, boleh digunakan untuk menolong projek-projek terbengkalai yang lain,” kata Khalid kepada pemberita.

Sebelum ini penduduk Bukit Botak di Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Khalid menaikkan harga rumah projek terbengkalai itu sehingga RM112,000 daripada harga asal RM45,000.
Khalid berkata potongan harga oleh Najib itu tidak perlu diberikan kerana mendakwa penduduk berkenaan sudah pun diberikan rumah bernilai RM250,000."Saya tak tahu pemikiran PM begitu cetek. Kalau mereka (penduduk)...dapat aset melebihi RM250,000, itu dah cukup pampasannya, kenapa pula ditambah?," soal Khalid.Tindakan Khalid menyifatkan Perdana Menteri sebagai najis dan cetek fikiran dilihat menyerlahkan keadaan terdesak kempen PKR untuk mempertahankan Selangor.Ceramah-ceramah Khalid di DUN Pelabuhan Klang mendapat sambutan hambar manakala di beberapa kawasan lain jentera parti itu terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada PAS dan DAP.
Najib yang juga Pengerusi BN Selangor cergas bergerak di seluruh negeri dan memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang berlarutan di bawah kerajaan pimpinan Khalid.

Selain menjanjikan potongan harga rumah di Kampung Bukit Botak, Najib turut memberi jaminan meningkatkan tahap keselamatan dan menyediakan kemudahan perumahan dan persekolahan semasa lawatannya ke Rawang dan Kuala Selangor semalam.

Minggu lalu Khalid mendakwa dirinya lebih pandai daripada Najib dalam menguruskan ekonomi."Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institute of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan," kata Khalid.

Pada PRU ke-13 Khalid terpaksa dipindahkan ke DUN Pelabuhan Klang daripada Ijok, kerana dilaporkan ditolak oleh pengundi di kawasan itu.Dalam pada itu, ribuan penduduk menyaman kerajaan negeri pimpinan beliau kerana gagal menepati janji memberikan elaun untuk ibu tunggal, warga emas serta air percuma kepada warga pangsapuri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana