Ceramah Pembangkang Semakin Tidak Mendapat Sambutan


KUALA LUMPUR, 25 April - Kedudukan pakatan pembangkang semakin tergugat apabila beberapa siri ceramahnya di seluruh negara gagal mendapat sambutan daripada orang ramai.

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan calon parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam ceramah politik di Kluang, petang Selasa lalu gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 100 orang sahaja menghadirinya.

Timbalan Presiden Pas ini turut menerima nasib yang sama di Taman Cempaka, Tampoi Johor Bahru apabila hanya menerima kehadiran kecil pengikut setia Pas.

Antara yang menyebabkan mereka semakin hilang kepercayaan dan keyakinan adalah perebutan kawasan pilihan raya dan janji-janji manis yang diberikan kepada rakyat.

Nama-nama pemimpin pakatan pembangkang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih gagal menarik minat masyarakat sekitar untuk ke ceramah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Idaman Pandamaran, Klang kelmarin.

Begitu juga, ceramah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang sebelum ini menghina anggota keselamatan negara dan rakyat dalam insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram apabila program yang dianjurkan di Kepong berlangsung hambar.

Ceramah calon PKR Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob di Dataran Ayer Panas Setapak Jaya dan calon Pas Seri Serdang, Noor Hanim Ismail di Bandar Kinrara, Puchong juga hambar.

Sementara itu, ceramah Pas di Pasir Salak, Perak yang menampilkan bekas artis, Bob Lokman dan pelajar kontroversi, Adam Adli Abd. Halim hanya dihadiri kira-kira 40 orang.

Kerusi yang disusun di bawah khemah banyak kosong dan penduduk tempatan tidak mempedulikan ceramah yang berlangsung sebaliknya memilih berada di kedai kopi yang terletak kira-kira 50 meter dari situ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana