Zaini: Bekas Jeneral PR cuba kelirukan rakyat


SHAH ALAM: Mantan Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyifatkan tindakan bekas-bekas Jeneral pembangkang meremeh dan melontar tuduhan liar terhadap Ops Daulat sebagai cubaan mengelirukan rakyat untuk memancing undi. Beliau menegaskan tuduhan kononnya ada campurtangan politik dalam operasi pasukan tentera dan polis membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu adalah kerja orang politik yang secara kebetulan pesara tentera.

"Memang tiada sebab lain (tuduhan ini dibuat) kerana dia sudah political (jadi orang politik). "Ini (Ops Daulat) kerja professional (tentera dan polis). Kita yakin dengan pihak professional," kata beliau. PKR membariskan lima bekas jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh.

Terbaru, bekas panglima tentera darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri."Ada dua markas tentera di Sabah dan Selatan Sabah. Jumlah musuh tidak begitu ramai. Kenapa kita tugaskan satu pemerintah tertinggi untuk ke sana? Kenapa tidak di tugaskan panglima tempatan,?" kata beliau.Datuk Seri Zaini berkata kenyataan-kenyataan seperti itu berbaur politik dan tidak berasaskan fakta."Pada saya orang yang melibatkan diri dalam menangani masalah (di Lahad Datu) lebih tahu keadaan dan lebih tepat kajiannya" tegas beliau.

"(Ini semua) persoalan remeh yang sengaja (bertujuan) menimbulkan kekeliruan," kata beliau ketika mengulas isu-isu yang cuba dicanang oleh bekas-bekas jeneral pembangkang dalam mencari undi untuk pembangkang.
Zaini adalah wira yang memimpin operasi tentera menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah di Sauk pada tahun 2000.Beliau berkata cubaan Hashim mempertikaikan bantuan daripada Semenanjung untuk membantu di Lahad Datu tidak masuk akal. "Dari segi kekuatan yang diperlukan, adalah sebabnya (kerahan pasukan keselamatan daripada Semenanjung).

"Salah satu sebabnya adalah untuk mengekang mana-mana pihak lain untuk datang ke Sabah. Jadi kita kena tunjukkan kekuatan dan iltizam kita" kata Zaini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana