Tukar kerajaan bukan tindakan bijak - Penganalisis


"Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan,"… Penganalisis Zainal Abidin, bekas profesor madya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengingatkan rakyat jangan bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan akibat pilihan yang salah.
"Walau apapun manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang, rakyat mahu melihat bukti dan inilah yang telah ditunjukkan BN melalui pemerintahan yang berintergriti dan pemimpinnya yang bijak," kata Zainal Abidin.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

"Sebagai bekas pesara kerajaan, saya selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana