RM4 ribu pendapatan isi rumah, janji PR lapuk


SHAH ALAM: Manifesto Pakatan Rakyat yang menjamin pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan jika berjaya menawan Putrajaya, sudah ketinggalan kata penganalisis politik, Asri Saleh.

Beliau berkata manifesto tidak lagi relevan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan pendapatan isi rumah di negara ini sudah meningkat kepada RM5,000 sebulan.

"Kalau kita ambil figure Datuk Mohamed Nor Yakcop, ini angka rasmi. Kita boleh gunakan berbanding manifesto Pakatan yang baru hendak diusahakan."Nampaknya itu ketinggalan. Angka rasmi sekarang sudah RM5,000. Itu kekurangan yang besar daripada fakta dan angka yang diberikan Pakatan," Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamed Nor hari ini yang mengatakan pendapatan isi rumah bulanan purata rakyat Malaysia naik daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 tahun lepas, menyaksikan peningkatan sebanyak 7.2 peratus setahun.

Mohamed Nor berkata kajian yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 turut mendapati semua negeri mencatat peningkatan pendapatan isi rumah purata dengan Kuala Lumpur mengalami pertumbuhan tertinggi.Mengulas lanjut Asri yang juga pensyarah di Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Kampus Dungun, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata fakta terbaru itu juga akan mematahkan manifesto Pakatan sekali gus diragui rakyat."Fakta ini menunjukkan pendapatan isi rumah sudah lebih dari apa yang dijangkakan. Dengan jelas sekali ini telah mematahkan terus dan menyebabkan kredibiliti manifesto ini dipersoalkan," katanya.
Manifesto Pakatan yang dilancarkan pada bulan Februari lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam menawarkan pelbagai 'insentif menarik' kepada rakyat serta pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.

Jangan mimpilah Pakatan Pembangkang ni nak buat janji bulan dan bintang pada rakyat..banyak berbohong daripada melaksanakannya...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana