PRU13: Rakyat akan tumbangkan Pakatan di Selangor


KUALA LUMPUR: Hari demi hari, satu demi satu kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor terdedah akibat kegagalan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan tanggungjawabnya menjaga rakyat di negeri itu.

Secara logiknya, perkara asas bagi sesebuah kerajaan ialah menyediakan kemudahan asas seperti air kepada rakyat, tetapi pembangkang gagal memenuhi keperluan itu dengan baik.

Memburukkan keadaan, Khalid dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta konco-konco pakatan pembangkang menjadikan masalah itu sebagai modal bagi meraih sokongan politik, maka tidak hairanlah perkara itu dijangka bakal menjadi sebab utama tumbangnya pembangkang di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.Malah, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyifatkan kegagalan kerajaan Selangor menyediakan kemudahan yang begitu asas untuk rakyat dengan baik sebagai satu kezaliman kepada rakyat di negeri itu.

"Kita lihat masalah seperti air dan pungutan sampah yang menjadi asas untuk rakyat hidup dengan selesa gagal dilaksanakan. Kemudahan lain seperti tempat riadah dan lampu jalan gagal diselenggara dengan sempurna, nak buat yang baharu pun susah.

"Ini sedikit sebanyak mengganggu tugas saya sebagai anggota parlimen untuk menjaga rakyat, tetapi nasib baik kerajaan pusat ada salurkan bantuan jadi bolehlah saya membantu rakyat di kawasan saya. Nak harapkan kerajaan Selangor tak tahulah nak dapat bila," katanya lapor Bernama.

Kamalanathan berkata tindakan Khalid menjadikan kemudahan rakyat sebagai isu politik merupakan suatu yang berbahaya dan boleh mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

"Mereka (pembangkang) bukan setakat memfitnah kerajaan persekutuan, mereka sanggup hingga tahap menghalang kerajaan persekutuan bagi (memberi) kemudahan kepada rakyat kalau mereka tak dapat beri. Contoh jelas mereka kalah kes AES baru-baru ini kemudian halang projek kerajaan persekutuan untuk rakyat Selangor," katanya.

Pada bulan lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan.

Keputusan itu menyebabkan kerajaan Selangor bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan itu.

Bagi Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, tindakan yang bersandarkan keegoan Khalid dan pemimpin pembangkang itu merupakan contoh jelas bagaimana kerajaan Selangor memperjudi masa depan rakyat demi meraih sokongan politik.

"Jangan korbankan masa depan anak muda Selangor hanya kerana ideologi mereka berbeza dengan kerajaan persekutuan. Bagi saya projek kerajaan persekutuan itu untuk kesenangan generasi akan datang, terutama kami golongan belia serta anak cucu kami nanti.

"Mereka sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan persekutuan dan kalau ada masalah atau tidak setuju, duduk berbincang, buat kajian mendalam jangan buat tindakan 'hentam kromo' yang akhirnya mengorbankan masa depan generasi muda Selangor," katanya.

Sementara itu, Adun Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kasim berpendapat bukti jelas kegagalan kerajaan Selangor menjaga rakyat dapat dilihat apabila pembangkang gagal melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihan raya lepas.

"Mereka janji bulan dan bintang dalam manifesto itu daripada tadbir urus baik hingga kepada imbuhan tertentu untuk rakyat, tetapi akhirnya mereka tak mampu laksana, malah mereka cakap pula manifesto itu bukan janji.

"Dalam sesebuah kerajaan, rakyat nilai kita berdasarkan janji yang kita tepati, itu caranya juga rakyat nilai kita. Barisan Nasional (BN) di Selangor malah seluruh negara berusaha keras menunaikan janji kami. Tetapi pembangkang di Selangor jadikan janji itu permainan politik mereka," katanya.

Mohd Isa berkata kerajaan Selangor merupakan kerajaan yang berlandaskan keuntungan serta memperlekeh hak rakyat, ini dapat dilihat jelas, dengan tindakan meluluskan pembangunan perumahan mewah di kawasan rekreasi golf di Serendah.

"Tindakan itu menafikan hak rakyat untuk kawasan rekreasi dan menidakkan hak penduduk setempat mendapatkan kediaman sendiri yang lebih selesa di kawasan itu.

Paling menyedihkan penduduk langsung tidak diberitahu kawasan rekreasi mereka bakal dibangunkan."Perumahan mewah seperti ini pula tentunya tidak mampu dibeli penduduk setempat yang majoritinya orang Melayu, dan bila ini berlaku, ia menghakis peluang penduduk mendapatkan rumah yang lebih baik. Ini bukan kali pertama berlaku, Kelab Golf Perangsang Templer juga terima nasib sama," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana