Penganalisis : Parlimen Tidak Akan Bubar Secara Automatik


SHAH ALAM 29 Mac -Spekulasi sesetengah pihak yang berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'waktu kecederaan' sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya disangkal kerana beliau dilihat tidak akan membiarkannya terjadi.

Walaupun kemungkinan tersebut ada, Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanisiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata Najib mungkin akan mengumumkan tarikh penting itu sejurus selepas Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2013.

“Mungkin selepas Lima 2013 semua tugas beliau (Najib) sudah lengkap. Mungkin pilihan raya boleh berlaku dalam bulan April ataupun jika Parlimen bubar secara automatik pada penghujung April, ia akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung pada bulan Mei depan,” katanya.

Jelas Dr Fuad, walaupun Parlimen terbubar dengan sendirinya, ianya merupakan keputusan terbaik dari Najib untuk rakyat negara.

“Kadang-kadang, perjuangan sesuatu parti politik kepuasan hati terhadap tanggungjawab dia sudah ditunaikan ataupun tidak.

“Tetapi jangan lupa, beliau menggalas tugas ini melalui peralihan kuasa dan dalam tempoh empat tahun, mungkin beliau merasakan terlalu singkat untuk penuhi program transformasi yang diperkenalkan sehingga terpaksa menunggu penggal tamat supaya ia dapat dinikmati kumpulan sasaran,” ujarnya.

Menjawab isu yang sama,  Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan mengikut amalan Perlembagaan negara, pembubaran parlimen secara automatik tidak mustahil cuma ianya tidak selari dengan amalan biasa.

“Kalau amalan biasa, Perdana Menteri akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen dan sudah diamalkan sejak negara merdeka lagi. Jadi kalau ia bubar secara automatik, ia lain dari amalan biasa,” kata Dr Nik Ahmad.

Tambahnya, pandangan seseorang yang mengatakan pembubaran Parlimen secara automatik tidak cantik dalam amalan negara merupakan pandangan tidak rasmi berikuatan ianya boleh jadi pandangan majoriti ataupun peribadi.

“Kalau beliau (Najib) buat begitu, mungkin ada sebabnya yang tersendiri di mana hanya beliau sendiri yang tahu.

“Tinggal lagi kemungkinan perkara itu akan ataupun tidak akan berlaku. Pilihan yang ada sekarang adalah, “ya” atau “tidak” sahaja, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz dan  Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian turut berpendapat Najib mempunyai strategi tersendiri dalam menentukan tarikh yang sesuai untuk menamatkan kemusykilan orang ramai mengenai tarikh PRU13.

Kata Abdul Rahman, BN sangat konsisten dan serius dalam membuat keputusan sejak dari pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang.

“Kalau pimpinan terdahulu tidak serius untuk wujudkan solidariti, pembangunan, kesejahteraan rakyat dan membentuk negara melalui acuannya sendiri, pastinya Najib juga tidak akan membuat begitu,” katanya.

Ibrahim pula menjelaskan Najib akan menggunakan tempoh ini dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan pada PRU13 memihak kepada BN.

"Kemungkinan beliau mahu kesempurnaan dalam mencapai kemenangan... mungkin beliau merasakan perlu sedikit masa untuk memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen, mungkin itu hasrat beliau," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana