PAS PKR Bertelagah Rebut DUN Guchil


KUALA KRAI 29 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil bakal menyaksikan pertembungan tiga hala untuk kali kedua antara Ketua Cawangan PAS Guchil Hulu Muhamad Bustaman Yaacob yang ingin bertanding sebagai calon Bebas, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil Barisan Nasional (BN).

Bustaman yang bertegas ingin bertanding atas tiket Bebas menimbulkan keresahan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan akan memecahbelahkan pola pengundi justeru melemahkan perikatan Pakatan Rakyat (PR) antara PAS, PKR dan DAP.

Tindakan Bustaman jelas menunjukkan ketidakpuashatian kepada pemerintahan PKR di DUN Guchil sejak 2008 yang dilihat tidak mengambil berat mengenai perihal penduduk DUN tersebut.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) menegaskan hanya akan bertanding atas tiket PR sekiranya beliau dibenarkan bertanding bagi mewakili PAS dan bukannya diberi kepada calon PKR.

Tambahnya, PKR tidak relevan di Kuala Krai mahu pun di Kelantan.

Menurut seorang aktivis PAS DUN tersebut, ADUN PKR di kawasnnya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik walaupun perkara ini sudah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan PR sejak dua tahun lalu.

“Pemimpin PKR sendiri juga sudah dimaklumkan mengenai masalah gerak kerja wakil rakyat PKR di Dun Guchil dan kerjasama mereka diminta untuk turun padang dan mengadakan program atau aktiviti."

“Kami persoalkan kenapa PKR tidak dapat beri tumpuan kepada Dun Guchil sedangkan ini satu-satunya kerusi Dun yang dimenangi parti itu daripada lima kerusi yang ditandingi di Kelantan pada 2008,” katanya.

Kerusi tersebut pernah menyaksikan pertembunag tiga hala pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 apabila calon BN Dr Shamshul Ikhwan Ashaari Azmi bertembung dengan calon PAS Zulkifli Ya’cob dan calon Bebas (Allahyarham) Mohd Zaki Kassim.

Keputusan memihak kepada BN lantas merampas takhta dimiliki calon PAS dengan jumlah undian 6 146 berbanding 5 315 dari PAS manakala Mohd Zaki hilang deposit dengan hanya mendapat 51 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana