MUSTAPA : GABUNGAN CALON BARU, LAMA DAN TOKOH ULAMA

KOTA BHARU, 31 Mac - Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata senarai calon kini di peringkat akhir saringan dan bakal menonjolkan muka baharu serta lama selain tokoh ulama.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.
Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat."Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya




Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana