Oh My God...Tok Guru


Kalau kata merapu...mungkin ada yang tidak sedap dengar tetapi terdengar ada kalangan wartawan yang buat liputan berbisik sesama sendiri ...sah merapu.Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya memimpin bacaan doa sahaja diakhir Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari Isnin.Sebelum itu manifesto PRU13 Pakatan Rakyat dilancar.Namun beliau mencelah untuk berucap ringkas sebelum baca doa itu.Pada kesempatan itu Musyridul Am PAS itu antara lain relaks saja mendakwa menjadi matlamat UMNO agar Islam tidak ada tempat diatas dunia.Yang lawaknya beliau cakap begitu di depan pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng yang turut hadir dalam konvensyen itu.
Bukankah Guan Eng yang cadangkan dibenar terjemah Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu dan bukankah Karpal Singh yang kata langkah mayat jika PAS nak laksana Negara Islam di Malaysia.Bukankah PAS dan DAP beberapa kali bergasak dan tidak selesai-selesai sampai hari ini bab itu?Nampaknya Tok Guru tidak tengok kiri kanan...nak melepas geram dan dendam kesumat tidak kena tempat apabila membebel begitu.Beliau cuba mengambarkan bagaimana Islam tidak ada tempat di semua negara yang berbilang kaum di dunia ini.Katanya pergi kemana-mana ke Amerika...ke Eskimo..,akhirnya Islam tidak layak dimana pun.Ini konon-kononya nak tunjuk PAS lah sahaja yang perjuangkan Islam diatas muka bumi ini."Ini kehendak UMNO...UMNO kehendaknya  Islam tidak ada tempat diatas dunia ini yang berbagai bangsa...apa bezanya dengan komunis...komunis kata Islam tidak boleh ...komunis buat masjid juga ...UMNO buat masjid,"katanya.

Beliau sebelum itu dakwa PAS dan DAP semakin popular diterima di semua tempat sekarang berbanding waktu dulu.Katanya perkara ini tidak dapat ditentang oleh sesiapa.Dakwanya satu ' khianat UMNO' Islam tidak layak di Malaysia kerana berbagai bangsa.Beliau dipercayai nak kata UMNO tidak terima Negara Islam dibentuk di Malaysia (seperti diwar-warkan oleh PAS)  kerana penduduk negara ini ada berbagai kaum.Nampaknya Guan Eng dan Karpal Singh boleh tersenyum lebar dan buat kenduri besar-besaran meraikan  gelagat Tok Guru yang nampak kuman di seberang laut tetapi kelabu mata pada gajah dan harimau yang tengah mengaum di depan mata.Apa kata Tok Guru tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang cukup takut undi bukan Melayu lari...mereka setuju tidak dengan hajat PAS nak tubuh negara Islam?Suruh Anwar jawab dulu ( kalaulah beliau berani jawab ) ...baru Tok Guru boleh teruskan membebel.

Takdir...misalnya pakatan menang PRU13....cubalah Tok Guru hentak kaki kata PAS nak tubuh negara Islam sekarang.Karpal Singh akan keluar taring...Guan Eng akan buka kuntau....Anwar akan lari lintang pukang.So please, Tok Guru...cakap biar berpijak di bumi nyata.Kalau kawan sebantal pun tidak boleh terima hajat PAS itu,  kenapa hendak menjerit melolong pada yang jauh.Kalau drama mengarut ini berterusan siapa agaknya yang malu...dan dituduh ' jual' agama untuk tujuan politik? Jawabnya Parti Islam Semalaysia.Lebih elok Tok Guru settle dulu dengan DAP dan PKR bab itu....sebelum perang besar u see ( jika pakatan menang...dan PAS bertegas nak tubuh Negara Islam ) atau lebih lawak lagi PAS menikus saja selepas itu lupa terus gurindam itu kerana khayal berkuasa.Kita tahu Tok Guru tak sekali-kali akan berani settle dengan mereka bab Negara Islam sekarang.

Sebabnya mudah...Pakatan Rakyat akan kecoh,kacau bilau dan berantakan menjelang PRU13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana