Lepas haiwan,kemudian bodoh...kini BRIM sama macam zaman Firaun pula


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) betul-betul bikin pembangkang terutama pemimpin PAS sakit jiwa.Lepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat anggap penerima BR1M macam ‘ayam’ dan ‘itik’ dan Datuk Seri Hadi Awang pula kata ‘bodoh’, pada Isnin Presiden PAS tersebut samakan pula pemberian bantuan RM500 oleh
kerajaan itu dengan tindakan Firaun di Mesir.

Menurutnya, Firaun memberikan kekayaan untuk menyesatkan pemikiran rakyat dan cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvensyen Shah Alam.Tambahnya, "Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku."Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.Beliau seterusnya menyeru rakyat agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut.

" BR1M duit kamu. Kamu bukan ayam...kamu bukan itik. Ambil duit BR1M tetapi jangan bagi undi pada BN,” katanya.Pelik apa dikatakan Hadi sebab Nik Aziz sendiri bayangkan penerima BR1M macam ‘ayam’ dan ‘itik’ makan hampas yakni bantuan diberikan kerajaan.Dalam ucapan selepas pelancaran manifesto PR bagi berdepan PRU 13 itu, Hadi tetap mempertahankan Buku Jingga yang penuh janji diuar-uar pembangkang sebelum ini."Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.Masalahnya apakah pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz dan Hadi fikir rakyat bodoh atau tidak cerdik mendengar mereka cakap ikut sedap mulut saja tanpa fikir penghinaan dianggap seperti haiwan peliharaan dan bodoh semata-mata terima BR1M cukup melukakan hati rakyat?

Nampaknya sangat pembangkang sudah berada dalam terowong dan tidak nampak jalan keluar menjelang PRU yang bila-bila masa sahaja akan menghukum pembangkang.Malah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap di majlis itu juga rasa macam partinya bakal dihukum oleh pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong mereka pada 2008.Ketua Menteri Pulau Pinang itu tahu cadangan beliau supaya Kalimah Allah boleh diterjemahkan ke Bible versi Bahasa Melayu sudah guris hati umat Islam malah golongan ulama dalam PAS juga tidak boleh terima cadangannya itu.Sebab itu Guan Eng terpaksa masuk bangkul angkat sendiri dengan berkata kerajaan Pulau Pinang dan DAP bukan anti Islam.Kerana nak lepas diri, beliau tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak buat dakwaan liar bahawa DAP tindas Islam sebagai fitnah untuk apiapikan sentimen orang Islam terhadap DAP.

Guan Eng dah pening agaknya sebab beliau yang simbah minyak pada api pasal isu Kalimah Allah.Ini ditambah dengan tindak tanduk Pengerusi DAP Karpal Singh yang tentang habis hajat PAS nak tubuh negara Islam dan laksana Hudud.Tidak perlu beliau puji diri sendiri dengan kata sejak lima tahun lalu kerajaan DAP Pulau Pinang beri peruntukkan RM80 juta untuk bina ibu pejabat Mahkamah Syariah, menambah elaun tok siak dan bilal.Kalau beliau betul-betul bela orang Islam, orang Melayu di Pulau Mutiara itu tidak akan terpelau atau putih mata lihat makin bercambah projek-projek rumah yang tidak mampu mereka miliki khususnya di kawasan pulau.

Pada Hadi dan Guan Eng, cukup-cukuplah auta dan hina rakyat atau cuba main silap mata dengan pelbagai janji bulan dan bintang dalam manifesto pakatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana