Hindraf mahu jumpa PM...Anwar Abai Hindraf..Susah Carilah PM


SHAH ALAM: Hindraf akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan jaminan bertulis bersabit pelan tindakan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India.
Pemimpin pertubuhan itu, P. Waythamoorthy berkata keputusan itu diambil selepas Hindraf gagal mendapatkan jaminan itu dari Pakatan Rakyat.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meminta Hindraf meletakkan kepercayaan bahawa Pakatan Rakyat akan menunaikan janji membela nasib kaum India.

Bagaimanapun beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan Hindraf.Waythamoorthy berkata pendirian Anwar itu mula membuka mata pengikut Hindraf bahawa Pakatan Rakyat bukanlah ikhlas mahu membantu kaum India tetapi hanya mahukan undi dari mereka semata-mata."Selepas perbincangan yang panjang mengenai isu itu, kami telah memutuskan untuk bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah masyarakat India.

"Kami tidak berminat dalam politik," katanya hari ini.Beliau selain itu menambah, pihaknya yakin Barisan Nasional akan mempertahankan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana