Posts

Showing posts from February, 2013

Video Ustaz Nasharuddin Mad Isa - DAP kafir harbi..AmBil Kau Karpal Singh

Image

Manifesto Pembangkang Boleh Buat Negara Muflis – Dr Mahathir

Image
KUALA LANGAT, 27 Feb – Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan. “Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia ‘Teguh Samudera’ oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini. Pada 25 Feb lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, antaranya menghapuskan tol dan menyediakan pendid

Isu Kalimah Allah : Pas Rupanya “Gunting Dalam Lipatan”

Image
KOTA BAHARU, 28 Feb – Pas menggadaikan seluruh prinsipnya yang pada satu ketika dahulu kononnya mahu memartabatkan Islam, sebaliknya kini menjadi `gunting dalam lipatan’ terhadap umat Islam di negara ini berkaitan isu kalimah Allah.Pendedahan Anwar bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menyediakan dan menandatangani persetujuan bersabit kalimah Allah untuk bukan Islam itu adalah bukti nyata parti itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menang pilihan raya.“Jadi perkara itu amat jelas pada kami, ia juga membuktikan kepada kami bahawa Pas ini menggadaikan segalanya untuk menang kerusi. “Dalam hidup kita ini ada benda yang kita tidak boleh gadai, prinsip  kita tidak boleh gadaikan, tetapi kelihatan mereka menggadaikannya untuk hanya menang kerusi.Semalam Anwar ketika berceramah di Ketereh di sini mendedahkan  kenyataan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah pada 8 Jan lalu disedia dan ditandatangani oleh Abdul Hadi.Anwar dilaporkan b

Zin terima cabaran debat oleh Pakatan...

Image
SHAH ALAM: Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Zin Mohammad hari ini menyahut cabaran pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai manifesto.Bagaimanapun, beliau hanya bersedia berdebat selepas manifesto Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor dilancarkan."Tunggu kita bagi manifesto kita dulu. Manifesto kita akan dilancarkan selepas manifesto peringkat kebangsaan."Selepas kita lancarkan manifesto peringkat negeri, saya bersedia untuk pertahankan," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, di sini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa pemimpin Pakatan semalam yang mencabar pemimpin BN untuk berdebat mengenai manifesto parti komponen tersebut.Dalam sidang media yang sama, Zin yang juga Koordinator BN Selangor turut mendakwa kadar pelaburan di negeri ini semakin menurun. Menurutnya, ia adalah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang menunjukkan trend pelaburan kerajaan Selangor se

PKR semakin terdesak minta bantuan warga emas

Image
SEREMBAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa semakin terdesak apabila meminta kepada lebih 20 warga emas yang menghadiri ceramah beliau di Rantau dekat sini malam tadi agar menjadi pegawai penerangan pakatan pembangkang di kawasan itu. Tindakan terdesak itu didakwa bertujuan agar kumpulan terbabit dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai pakatan pembangkang dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Malah, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping dalam ucapannya yang turut diselitkan perkataan 'Insya-Allah', juga berharap orang ramai dapat menggalas tanggungjawab itu berikutan media tempatan dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) "Kita bukan sahaja mahu merampas Putrajaya tetapi berhasrat untuk menang di Negeri Sembilan. Insya-Allah kita akan berjaya. "Untuk itu, saya melantik semua yang ada di sini menjadi ejen penerangan pakatan pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau," katanya ketika berucap pada Ceramah Kelompok pakatan pembang

Anwar Bayangkan Hadi & Kit Siang Bakal Dilantik TPM Jika PR Berkuasa....

Image
1 M tak sanggup bebbb melihat dengan ANWAR jadi pemimpin dan dibantu oleh Lim Kit Siang dan Haji Hadi...PAS akan menjadi mangsa keadaan...percayalah. PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin akan dinamakan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap dalam satu temuramah dengan akhbar Sin Chew Daily, Anwar menambah, perlembagaan negara tidak menghalang perlantikan dua orang timbalan perdana menteri. Namun begitu Anwar menjelaskan bahawa PR buat masa ini belum secara terperinci membincangkan tentang penyandang kerusi itu melainkan memberi tumpuan kepada pilihan raya terlebih dahulu. Dalam temuramah itu, Anwar juga memberi jaminan yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum hudud. Ketua pembangkang itu turut memberi jaminan yang PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika mereka dit

Doa 'hancur BN/UMNO' kini makan diri, perjuangan Islam Pas makin tersasar

Image
ANTARA sepanduk dipasang Pas yang meminta ahli-ahlinya mendoakan supaya UMNO dan BN dihancurkan. KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Perjuangan PAS semakin tersasar apabila Pas lebih sanggup mengetepikan matlamat asal kononnya untuk memperjuangkan Islam, semata-mata ingin menjaga hubungannya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. Usaha melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam kini semakin lenyap daripada sebutan pemimpin parti itu lebih-lebih lagi untuk menjaga hati pemimpin DAP.Pengerusi Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, apa yang Pas buat selama kini sudah memakan dirinya sendiri bermula dengan isu Amanat Haji Hadi, Kalimah Allah, Doa Hancur BN/Umno dan yang terbaharu menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan."Amanat Haji Hadi telah menyebabkan berlaku perpecahan umat Islam di Malaysia hari ini dan amanat ini makan diri Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awan

ABBY Telah dibutakan Hati Dalam Twitternya...Matlamat Nya Tuduh UMNO

Image
Bodoh Nya ABBY ni...Bila terkena pada Puak puak PR..melentingnya SI Janda mulut murai ni.Siapa dibutakan itu BN atau PR...ABBY.Kebodohan ABBY akan menerima nasib selepas PRU 13 nanti...PAS akan menerima kekalahan yang amat teruk.Barulah terkulai kulai..terbiar.Siapa mahukan lagi Selepas PRU ABBY boleh jual ubat lah dalam Twitter tu...

Badan pemikir bebas, ASLI, meramalkan BN akan menang besar dalam PRU13 nanti.

Image
Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) meramalkan BN akan memang besar dalam PRU13 kerana mendapat sokongan kuat dari pengundi Melayu luar bandar yang kembali menyokong UMNO dan BN. ASLI meramalkan BN akan menang dari 123 hingga 135 kerusi parlimen, dan mungkin akan menjangkau 150 kerusi sekiranya PM mendapat sokongan kaum India dan Cina yang ‘atas pagar.

'Tok Guru Hadi Awang yang sign' - Anwar Punya Pukulan

Image
KOTA BHARU: PAS tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden PAS itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang. "Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama PAS buat, dengan ayat Al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut Insya-Allah, Alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir. "Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyataan itu PAS setujulah. Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri pen

Video Tun Mahathir Menjawab Isu Politik Semasa..Terbaik Dari Tun

Image
Negarawan tersohor, Tun Dr Mahathir Menjawab Soalan-soalan Panas Berkenaan Pengaruh Politik Kepada Kakitangan Awam....

Ummi Hafilda akan pastikan PKR rebah

HULU LANGAT 27 Feb. - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali bertekad akan memastikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rebah terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.Katanya, beliau akan menjelajah seluruh negara bagi mendedahkan segala keburukan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya takkan benarkan Anwar jadi Perdana Menteri dan karier politiknya akan berakhir pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika berucap dalam ceramah 'Bongkar Rahsia Sulit Anwar' di Dataran Dato’ Mohd. Said, Beranang, Semenyih di sini malam ini. Yang hadir sama Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz.

Balasubramaniam gagal kemuka bukti, akui benci kerajaan

Image
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sebaliknya, `ceramah’ yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam ini serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag’ #tanyabala. Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun. Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham

Video...Siapa Arah Bunuh Altantuya : Bala Gagal Kemuka Bukti 27/2/2013

Image
Apa kata plak lepas ini...Buat Forum Video Seks ANwar Plak...siapa yang sebenarnya di dalam Video tersebut dan buat Soal Perbincangan..Barulah adil..kita tengok siapa yang panas panas Bontot ni..PM ker ANWAR...Ini tiada bukti hanya Orang suruhan ANWAR saja bercakap..boleh caya ker? tapi di pihak NGO BN ada bukti Video dengan muka muka sama dengan ANWAR..bagus ni buat forum...pasti hangat kan..

Video Panas dan Menjadi Kontroversi !!!! Pakatan Rakyat Tak Boleh Menerima Kritikan Langsung...Salih Kecewa

Image
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang . Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. Inilah dikatakan pembangkang semakin tidak keruan lagi perangai dan sikapnya,Bila terkena pada PR  pelbagai kecaman dan tuduhan sehingga diugut Boikot...Entah lah PR kalau memerintah Malaysia nescaya sesiapa yang mengkritik dan buat tuduhan melulu pada kerajaan PR akan terus dibannednya dan akan terus menghukumnya.PR akan menjadi kuku besi..lebih zalim apa yang disangkakan.Kebodohan PR semakin menjadi jadi..Dulu PR dikatakan mahu kebebasan bersuara dan

Alhamdulilah....Lagi 100 penyokong tegar PAS Gual Tokdeh sertai UMNO

Image
RANTAU PANJANG: Kira-kira 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal PAS di kampung tersebut malam tadi. Ahli PAS, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai Umno kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu. "Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan Umno. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan. "Sejak 22 tahun PAS memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi Umno tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokon

Kebodohan Nizar...Ketuanan Melayu mesti 'dihumban' keluar

Image
LUMUT 27 Feb. - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman. Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam. "Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu. "Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang han

Nizar diselar guna surau untuk ceramah politik...Kebodohannya

Image
LUMUT 27 Feb. - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diselar menggunakan kuliah maghrib sebagai pentas ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu amat tidak wajar kerana mencampuradukkan agama dan politik, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah Allah. "Sultan sebelum ini telah menitahkan supaya jangan berpolitik dalam masjid kerana ia boleh menyebabkan perpecahan umat Islam. Ini jelas menunjukkan Mohammad Nizar telah derhaka kepada Sultan. "Kami juga ingin mempersoalkan sama ada beliau mempunyai sijil kelayakan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memberi ceramah di masjid-masjid atau di surau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam tadi. Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Fasa 3B Seri Manjung pada malam tadi menceritakan sejarah Islam t

Pemimpinan PR Cakap Tak Serupa Bikin...Bengong

Image
PAS bukan mendaulatkan agama, sebaliknya hanya memperkudakan agama untuk mendaulatkan kuasa.Perjuangan Islam PAS tidak dapat bebas dari sifat yang dibenci nabi, iaitu bohong, fitnah dan dusta, sombong, riak dan takabbur. Jika tak percaya selalu-selalulah pergi dengar ceramah PAS.

Bas pembangkang untuk berkempen, bas PM untuk bantu rakyat...

Image
Menjelang pilihanraya umum ke 13, riuh pembangkang lancar bas, trailer sana-sini untuk berkempen, lain pula dengan Perdana Menteri yang pada Rabu lancar bas untuk bantu rakyat miskin di kawasan bandar. Bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek Pasar Bergerak 1Malaysia tersebut merupakan satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.Ia melibatkan pergerakan sebuah bas dengan berat maksimum 16 tan yang diubahsuai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang. Bas itu akan diiringi dengan beberapa lagi lori kecil yang juga diubahsuai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3juta bagi menggerakkan pro

Kenapa Kak Wan merajuk...?

Image
Kebelakangan ini nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus tenggelam.Walaupun macam-macam isu babitkan parti itu, DAP dan PAS, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi fokus.Boleh kata beliau kini satu-satunya presiden sebuah parti politik yang hanya tukang pemanas kerusi.Tengok saja ketika konvensyen PR ke 4 di Shah Alam pada Isnin, Wan Azizah hanya membatu di kerusi atas pentas – tanpa sebarang ucapan.Guan Eng berucap sebagai Setiausaha Agung DAP,Haji Hadi atas kapisiti Presiden PAS sebaliknya PKR oleh suaminya Anwar.yang berjawatan tidak rasmi sebagai 'ketua umum'.Kali terakhir Wan Azizah atau Kak Wan jadi tumpuan pada Julai tahun lalu apabila umum mahu bertanding dalam PRU 13.Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen pada akhir 2008. Bag

Tun Bersuara...Manifesto PR: Negara boleh muflis

Image
KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan."Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini. Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hin

Gambar Di Pantai Timur Semakin Buruk....

Image

DAP didakwa "halau" 38 keluarga MPPP...Undi lah PR Lagi Pada PRU 13 Nanti.

Image
SUNGAI PINANG: Sebanyak 38 keluarga kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) "dihalau" keluar dari kuarters mereka di Jalan SP Chelliah, Sungai Pinang di sini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mampu milik.Kesemua kakitangan terbabit telah menerima surat arahan agar mereka berpindah ke Taman Sri Pinang selewat-lewatnya 15 Mac ini. Bagaimanapun, kebanyakan mereka berat hati untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang bakal mereka diami dikatakan tidak selamat. Bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP, Mohd. Rofi Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah terdesak untuk meraih sokongan pengundi sehingga sanggup mengambil keputusan sedemikian. "Walaupun mereka tinggal di kuarters, proses pemindahan yang dilakukan seakan-akan ada agenda tersirat kerana tempoh diberikan terlalu singkat, lagi pun kediaman baru itu mempunyai pelbagai masalah. "Bukan mereka tidak mahu tinggal di sana (Taman Sri Pinang) tetapi keadaannya teruk

Hindraf kecewa dengan 'Manifesto Rakyat'...Dulu Baik Sangat dengan Anwar ni..

Image
SHAH ALAM: Hindraf menyuarakan "kekecewaan" terhadap manifesto Pakatan Rakyat, menyifatkan ia telah mengabaikan kepentingan masyarakat India di Malaysia. "Pakatan telah memilih untuk sepenuhnya mengabaikan keperluan dan kepentingan masyarakat India di negara ini dalam janji-janji pilihan raya," kata Pengerusi, P Waythamoorthy dalam satu kenyataan hari ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengatakan bahawa janji-janji dalam manifesto mengatasi sempadan kaum. Walau bagaimanapun, Waythamoorthy berkata manifesto tersebut membuat janji khusus untuk orang Melayu, Cina, masyarakat Orang Asli, veteran tentera, dan peneroka Felda. "Peruntukan ini dilihat tidak melangkaui kaum dan subkumpulan. Cukup dengan Pakatan mencanang bergerak jauh daripada politik perkauman, tetapi lebih kepada niat mereka berbanding polisi. "Mereka kerap menggunakan perkara ini untuk menutup demi mengabaikan masalah masyarakat India yang miskin dan terpinggir," katanya

PRU13 'pilihan raya media sosial' pertama Malaysia...Kena Pada Masanya...

Image
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka Pilihan Raya Umum Ke-13  adalah 'pilihan raya media sosial' pertama di negara ini berikutan penggunan media sosial sebagai mekanisme penting berkempen.Beliau berkata, walaupun media sosial bukan faktor terbesar dalam PRU13, ia meningkatkan perdebatan politik, selain menarik lebih banyak suara di dalamnya. Najib berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial...memang terbaik untuk masa kini.

Video Bangangnya Khalid Ni...Tersilap Kata Undilah Calon BN...

Image

Video... BR1M Haiwan atau Firaun...Dr Hassan Ali Balun PR Kaw Kaw

Image

Rafizi Ramli Bakal Kalah? BN Akan Letak Ong Tee Keat Sebagai Calon Pandan

Image
Barisan Nasional akan menamakan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon secara langsung bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya 2013 setelah keputusan tersebut dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat "bilik perang pilihan raya" semalam. Keputusan tersebut kemudiaannya disampaikan kepada pemimpin parti komponen BN yang mana mereka diberitahu pencalonan Ong akan memastikan kerusi yang disandang oleh beliau tersebut sebagai "boleh menang" kepada gabungan tersebut. "Telah diputuskan supaya untuk segala perbezaan individu diketepikan dan melihat kepada populariti seseorang dikawasan tersebut," kata sumber yang mengetahui tentang mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider.Difahamkan BN berpendapat pencalonan Ong akan membantu gabungan kerajaan untuk meraih semula sokongan pengundi Cina kepada mereka yang dilihat semakin rendah ketika ini. "Sokongan Ong dikalangan masyarakat Cina sangat kuat ..

Video...Mat Sabu Kemaruk Duit...Mukanya Kelam Kabut Jer

Image
sepatutnya YB yang kena bagi duit kat rakyat. Bukan rakyat bagi duit kat YB dan parti. Ini ke parti yang dikatakan parti kebajikan? kebajikan untuk YB & parti ke atau kebajikan untuk rakyat?. Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan sampai bila perkara ini akan berlarutan dan kemanakah duit yang terkumpul disalurkan?

Saifuddin Nasution Bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Image
MACHANG 27 Feb. - PKR mengesahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bakal bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat mandat dari majoriti pengundi sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat di Negeri Kedah. “Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah  perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya menerusi ucapannya pada Majlis Ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam. Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, PKR memenangi kerusi Parlimen tersebut diwakili Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Akan tetapi, Naib Presiden PERKASA itu telah dipecat dari parti berkenaan pada 6 Mac 2010 kerana bertindak melanggar dasar parti.

Video Panas!!!! Kaum India Tolak Philip Tan Jadi Calon ADUN Telok Datok

Image
Ketua Komuniti Kaum India, John Paramasivam mewakili kaum India tidak menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok, Philip Tan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana tidak menjaga hak kepentingan kaum India. Tegas John lagi, pada PRU13 ini kaum India membantah sekeras-kerasnya Philip Tan Menjadi calon dan sebaliknya hanya menyokong calon tempatan untuk menjadi ADUN Telok Datok.

Pinda manifesto pakatan: Anwar tidak profesional..dan Bercelaru

Image
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meminda manifesto dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak dengan tulisan tangan di Pasir Puteh, Kelantan semalam telah mencacatkan manifesto pakatan pembangkang keseluruhannya. Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya.tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat."Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan atau mana-mana individu," Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke

Hanya 30 hadiri ceramah Pas di Felda Bukit Rokan...Tamparan Hebat Buat PAS

Image
TAMPIN 27 Feb. - Program-program anjuran pembangkang di negeri ini semakin gagal mendapat sambutan.Terbaru, hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menghadiri majlis penerangan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran parti itu yang diadakan di Felda Bukit Rokan Utara, di sini malam tadi.Kecewa dengan sambutan tersebut, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Taufek Abd. Ghani berjanji untuk mengadakan ceramah di dewan yang lebih besar apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum nanti. “Jika kita parti pemerintah, maka ceramah seperti ini tidak akan diadakan di bilik gerakan seperti ini, tetapi dewan besar di Tampin,'' katanya ketika menyampaikan penerangan itu.Bagaimanapun janji Mohd. Taufek itu sekadar menerima sorakan kecil penyokong Pas yang menghadiri ceramah tersebut.

PRU13: Asri, Juanda dan Mazli tempah tiket PR?Kalau Benar BN Tidak Gentar...Semuanya Ini

Image
KUALA LUMPUR: Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai ‘pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara. Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya. "Wakili parti mana belum pasti, kalau nak t

Anwar Tidak layak bergelar pejuang antirasuah...Mulutnya Saja Cakap Porahhhh

Image
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pejuang antirasuah. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, kesungguhan pembangkang memerangi rasuah diragui memandangkan mereka diketuai seorang pemimpin yang disifatkan sebagai sesumpah Machiavelli atau 'Machleon' (Machiavellian chameleon) dengan rekod yang dicemari isu-isu etika. Menurut beliau, Anwar didakwa pernah terlibat dengan politik wang dan kronisme berskala besar semasa menjadi menteri Kabinet dahulu. "Penyokong pakatan pembangkang menyatakan Anwar telah berubah selepas dipenjarakan sepanjang 1998 hingga 2004. Anwar kini dianggap sebagai seorang insan mulia yang unggul.

Calon PM:Relaks Pak Sheikh!....PAS tak ada pilihan

Image
Rupanya bukan sedikit di kalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang 'sangat meragui' status moral dan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak berbangkit kes dakwaan video seks 99.9 peratus tulin dengan GRO China tidak lama dulu.Bukan semua yang hilang akal boleh telan bulat-bulat ' fatwa' Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bahan bukti .Ikut ceritanya ramai yang berpendapat sebagai parti yang bawa bendera Islam sepatutnya pimpinan PAS mendesak agar satu siasatan terperinci dibuat bagi menentukan kebenaran.Cara kes yang memalukan itu cuba ditutup begitu sahaja memang sukar diterima.Ini kerana video dan bukti yang didedahkan oleh geng Datuk T dalam kes itu sangat meyakinkan.Lojiknya jelas sekali.Bolehkah mereka semua berketuakan seorang yang diragui moralnya.Jadi siapa agaknya berani nak bersuara dan lawan cakap Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat supaya lupakan saja apa yang mereka dakwaan cubaan untuk fitnah Anwar itu?"Kalau

Kumpulan bersenjata di Lahad Datu ingkar arahan...

Image
TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa. Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana

1,001 warga emas fail saman kerajaan Selangor...Khalid Semakin Parah

Image
SHAH ALAM: Seramai 1,001 warga emas di negeri Selangor memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pagi tadi bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta. Caruman itu adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.Saman berkenaan difailkan Tetuan Kamarudin & Co yang mewakili warga emas, pada jam 9.40 pagi tadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini.- BH-Online

Bancian 83% orang Islam setuju kalimah Allah hak Islam

Image
SHAH ALAM: Bancian mendapati lapan puluh tiga peratus umat Islam bersetuju bahawa penggunaan perkataan "Allah" adalah hak mutlak mereka, lapor The Star.Keputusan tersebut diperolehi daripada bancian yang dijalankan antara 23 Januari hingga 6 Februari bertajuk "Pendapat Awam No. 1/2013 Bancian Pengundi Semenanjung Malaysia".Seramai 1,021 pengundi berdaftar telah ditemubual melalui telefon untuk kaji selidik itu, yang bertujuan untuk mengukur persepsi pengundi mengenai isu berkenaan yang dijangka berlarutan sehingga pilihan raya umum. Selain itu, 52 peratus daripada mereka yang dihubungi oleh Merdeka Centre untuk Penyelidikan Pendapat "sangat tidak setuju" dengan gesaan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk merampas dan membakar salinan Alkitab yang mengandungi perkataan "Allah".Kaji selidik itu mendedahkan bahawa 48 peratus daripada responden "gembira dengan kerajaan" manakala 45 peratus melaporkan bahawa mereka "gembira den

Video ...Apa yang membuatkan mata anda terbeliak?

Image

Video Kutipan Tol Daripada Rakyat...PAS Sudah Kemaruk Duit....Masyallah

Image
Duit Syiling tak mahu..duit Satu Ringgit pun tak mahu jugak..kata Iklas ini bukan Iklas namanya...ini macam dipaksa...katanya sekurang nya RM 5...Tak boleh berfikir ker ahli ahli PAS ni.Bila kerajaan naikkan 10 sen atau 20 sen bising...barang naik.PAS bukan ceramah Agama Islam...PAS ceramahnya kutuk pihak Lawannya..Memalukan Sedarlah wahai bangsa ku.....

Rozita Che Wan Umum Nikah?...Ada Jodoh Nikah Jer

Image
KUALA LUMPUR 26 Feb - Keluarga terdekat pelakon Rozita Che Wan, 42 mengakui terkejut dengan pengakuan 'tiba-tiba' yang dibuat oleh pelakon itu untuk menamatkan zaman solonya dengan pelakon Zain Saidin, 29. Adiknya, Ayu Raudah sendiri seperti tidak percaya membaca pengakuan Rozita mengenai hasrat untuk berkahwin pada Julai depan. "Saya tidak tahu, memang saya tak tahu. Dia tak pernah cakap kepada kami," beritahu Ayu. Menurut isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak itu, beliau pernah diberitahu bahawa Rozita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan tidak merancang untuk melaksanakan majlis pernikahan pada tahun ini. "Tetapi saya tidak tahulah, jika ini keputusan saat-saat akhir yang mereka buat," katanya.

Video...Artis Nabil Gaji Minimum Konon..Terkejut Beruk

Image

Video Berdesing Telinga PR...Jangan tipu kami dengan manifesto pru13

Image

Nurul Izzah Hanya Tahu Berdebat Tapi Pemalas.

Image
Penduduk di Lembah Pantai sudah semakin naik menyampah dan Meluat dengan Si Nurul Izzah ni.Raja Nong Chik awal-awal lagi dah kata, takat nak berdebat tapi tak bekerja, buang masa saja. Orang malas bekerja dan tak tahu buat kerja memang suka bercakap, berdebat atau bertengkar. Manakala orang yang rajin buat kerja pula, tak ada masa untuk berdebat, bertengkar, berbahas ataupun sembang kosong. Itulah yang membezakan antara Nong Chik dengan Nurul Izzah. Sehingga ke hari ini, walaupun bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bekas Ahli PAS di ugut Bunuh & Bakar Rumah kerana Meninggalkan PAS?

Image
BEKAS AHLI PAS DICEKIK ,DIUGUT BUNUH DAN BAKAR RUMAH KERANA SOKONG UMNO, SUATU TINDAKAN YANG AMAT ZALIM &  KERAS. Mencekik leher dan mengugut bunuh dan bakar rumah dilakukan oleh seorang kuat parti Pas terhadap kawannya apabila kawannya berubah arah memilih Umno dan meninggalkan Pas.Satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang dilaung-laungkan oleh puak juak Pas, apatah lagi demokrasi dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh PKR dan para sekutunya. Dalam satu report polis semalam 25 Februari, yang dibuat oleh pengadu,Ramly bin Abdullah, berusia 53 tahun dari Kampung Jerong Seberang beliau menyatakan: -telah diugut oleh empat orang lelaki berbangsa Melayu dikenali dengan nama Di Pok Loh dan dua orang adiknya dikenali sebagai Lan dan Man dan seorang lagi bernama Mamat bin Musa dari parti Pas. - pengadu (Ramly) telah diminta keluar dan keeempat empat orang itu telah memarahi Ramly kerana Ramly telah keluar dari parti Pas dan menyertai Umno serta menja

Video KJ Bantai Anwar Kaw Kaw Sehingga Anwar Kantoi

Image

Khalid Samad yang memulakan ceramah fitnah umpat kejinya...Tiada Sambutan Penduduk...

Image
Bala akan menimpa Khalid Samad MP Shah Alam ini akan terkubur layulah pada PRU 13 nanti.Orang melayu sudah semakin meluat dan naik menyampah dengan Khalid ini yang menyokong Usaha Anwar tanpa berbelah baginya pada Anwar.Rakyat Akan menghukumnya...tunggu dan waktunya sudah tiba..

Video..Berdemo Di Depan Pejabat PAS didesak buat pendirian tersendiri

Image

DAP anggap partinya 'taiko' punca masalah pembangkang

Image
Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor berpunca daripada sikap DAP yang menganggap dirinya 'Taiko' atau 'Abang Besar' dalam pakatan pembangkang, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, disebabkan anggapan itu, DAP mahu PKR dan PAS mengikut telunjuknya dalam isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13."Di Johor, memang DAP menganggap dia sebagai 'Taiko' atau 'Big Brother' di dalam pakatan pembangkang. Bermakna PKR dan Pas kena dengar cakap DAP dan harapkan sokongan DAP untuk menang mana-mana kerusi di Johor."PKR (dan Pas) di Johor kena mengakulah yang mereka tidak kuat dan terpaksa bergantung pada 'Big Brother' DAP, itu adalah keadaannya," kata Shahrir. DAP, menurut beliau, bersikap tamak mahu memonopoli kesemua kerusi di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina, kerana perjuangannya hanyalah untuk satu kaum sahaja.Bekas menteri kabinet itu berkata, perbalahan DAP-PKR