Tiada Halangan Nasharuddin Sertai Parti Lain - Nik Aziz..Jangan Terlalu Angkuh Cakap tu...


KOTA BHARU 29 Jan - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan bahawa dengan rela hati melepaskan dan tiada halangan untuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain.Menurut Nik Aziz, terpulang kepada Nasharuddin untuk menyertai parti lain“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana