Sambut Hari Jadi Dengan Karpal : Nik Aziz Sindir Dewan Ulama Pas


KUALA LUMPUR, 29 Jan - Kehadiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sambutan hari jadinya yang ke-82 di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Dewan Ulama Pas berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu sememangnya tamparan hebat kepada Dewan Ulama Pas kerana sebelum ini Karpal merupakan individu yang lantang meminta dikaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

"Sikap Nik Abdul Aziz ini seolah-olah menolak pendirian ulama namun itu tidak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu terawal yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah namun kemudiannya tewas hujah dan terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Tindakan Nik Aziz berjumpa dengan individu yang menentang keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu wajar dipersoalkan, sehubungan itu PAS didesak untuk menilai semula kedudukan Menteri Besar Kelantan sebagai Mursidul Am," katanya.

Ismail Mina juga menambah tindakan Nik Aziz sebagai tidak mengendahkan desakan akar umbi yang mahukan parti itu menilai semula hubungan dengan DAP.

"Nik Aziz jelas tidak ambil peka dengan desakan dan pandangan ahli parti terutamanya berkaitan dengan tahaluf PAS dan DAP," tegas Ismail Mina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana