PRU13:Khalid Sudah Gelabah Gilernya...beb Di Dewan DunNya


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim konon nak bubar DUN Selangor jika Perdana Menteri tak bubar Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh.Chap Goh Meh adalah hari yang kelima belas dalam kalendar Cina dan untuk tahun ini ia disambut pada 25 Febuari.'Akai' Khalid ini dipercayai ada kaitan dengan desas-desus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar Parlimen sekitar hujung Febuari atau awal Mac.Inilah yang diperkatakan oleh orang ramai, faham-faham sajalah, dari segi persepsinya Khalid hendak tunjuk yang kerajaan pusat tunduk pada desakan beliau.Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah tadi kata kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Bagaimanapun menurutnya kerajaan negeri akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid.
Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan kerajaan Pusat  jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.Untuk rekod, ini bukan kali pertama Khalid buat lawak 'tak mahu ikut kerajaan pusat' ini, setiap kali isu tarikh bubur di sebut, ada saja cerita yang dibuat buat hendak gambarkan PR cadang bubar asing dari Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana