PR tak bersedia tadbir negara - Ismail Sualman..Anwar Tentu Marah Mendengarnya


SHAH ALAM: Ketidakserasian antara parti komponen Pakatan Rakyat bakal menjadi punca kegagalan gabungan itu untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Belum lega dengan hukum hudud, PAS terus berdepan isu kalimah Allah dan yang terbaru memecat keanggotaan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama kerana dilihat cenderung menyertai aktiviti kerajaan.

Walaupun sering menggunapakai slogan 'meraikan perbezaan' pendapat di kalangan parti, namun perbalahan yang tercetus sering berkisar tentang prinsip Islam yang dipertahankan PAS sekaligus memberi kesan kepada majoriti orang Melayu di negara ini.

DAP dalam 'handsard' parlimen pernah menyatakan pendirian menolak negara Islam dan hukum Hudud yang jelas bukan seperti yang diperjuangkan PAS.

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Profesor Dr Ismail Sualman, perselisihan pendapat antara PKR-PAS-DAP membuka peluang kepada rakyat untuk menilai ketelusan parti pembangkang dalam menyatakan kesediaan mentadbir negara.

Ismail berkata, berdasarkan situasi semasa yang dihadapi agak sukar untuk pembangkang menyelesaikan pertikaian tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."Selalunya pengundi akan menilai dari segi kemampuan parti-parti politik yang bertanding dan selain kemampuan manifesto ia juga akan dilihat dari segi kekuatan dan kelemahan dalam faktor dalaman.

"Sebagai contoh jika wujud pertelingkahan dan perbalahan dalam kompenan atau dalam parti-parti gabungan, sudah tentu akan memberi kesan kepada pengundi untuk menilai kembali sejauh manakah gabungan itu mampu mentadbir Putrajaya dan membentuk kerajaan jika berjaya menawan Putrajaya," kata beliau ketika dihubungi.

Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam laporan kajian sebelum ini menyatakan bahawa 59 peratus responden menganggap perbalahan dalaman Pakatan Rakyat bakal menipiskan peluang mereka untuk menang.

Ini kerana pakatan pembangkang gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam berbanding Barisan Nasional (BN) yang diberdepan isu integriti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana