Polis kesan 14 individu bawa kanak-kanak ke perhimpunan pembangkang


Berani buat, berani tanggung, itulah kata-kata yang tepat pada 14 individu yang kini dikesan polis selepas dipercayai membawa kanak-kanak ke himpunan pembangkang di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook polis KL.Kesemua mereka berdepan siasatan kerana melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan dijika didapati bersalah boleh di denda RM20, 000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

"Kami menggesa mereka untuk tampil ke hadapan secepat mungkin untuk memudahkan siasatan," kata Mohmad berkata.Beliau berkata polis yang tidak menetapkan tarikh akhir mengenai perkara itu tetapi menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu media, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.Menurutnya, tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pelanggaran itu kerana syarat terbabit antara 27 yang dipersetujui mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana