Pecat Nasharuddin alih isu kalimah- Hasan Ali


SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini mendakwa pemecatan Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu penggunaan kalimah Allah.Beliau berkata, terdapat jarak masa yang yang panjang di antara keputusan dan tarikh pengisytiharan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi."Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai spekulasi boleh dibuat.

"Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya dipihak Pakatan," katanya dalam satu kenyataan medianya.Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menambah, pemecatan Nasharudin ini adalah langkah 'damage control' yang terpaksa digunakan Pakatan Rakyat.Menurutnya, ini berikutan desakan keras daripada ahli PAS di peringkat akar umbi yang mahu keputusan muktamad diambil oleh Pakatan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

"Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ust Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana