Nasha dan Umno musuh PAS...Ahli PAS berkawan Dengan UMNO akan Di Singkirkan...Masyallah

pemimpin PAS rata-rata memusuhi mana-mana individu yang yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Umno termasuk ahlinya sendiri.pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai tindak balas terhadap perilaku bekas Timbalan Presiden PAS itu yang sering dilihat menyertai aktiviti bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sikap condong ke arah kerajaan dianggap seolah-olah melanggar prinsip parti Islam itu."PAS ni memang tidak boleh berkawan dengan orang lain. Dengan DAP, dengan PKR, boleh kawan, dengan sesiapa pun dia boleh kawan, melainkan Umno.

"Siapa ikut Umno, langgar disiplin dia, itu musuh dia, itu pegangan PAS. Barangkali dalam tatatertib PAS, siapa ikut Umno, walau tak masuk Umno, musuh PAS.Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana