Ketua Menteri Sarawak letak jawatan?


KUCHING: Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu.Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad dan tahun-tahun terakhir pemerintahannya semakin diwarnai dengan tuduhan bersabit rasuah dan penyelewengan kuasa.

Walaupun Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa pada pilihan raya negeri dua tahun lalu, pembangkang yang mensasarkan Taib menang, khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina.Menurut portal FMT, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.  Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di  Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula  bandar Kuching and Sibu daripada DAP.

Comments

Unknown said…
Jangan mendabik dada dahulu, apa2 boleh berlaku dalam PRU13 d sarawak

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana