BN sedia hadapi pengganti Nasharudin di Bachok


BACHOK 29 Jan. - Barisan Nasional (BN) Kelantan sentiasa bersedia menghadapi calon baharu Pas termasuk tokoh tempatan bagi kawasan Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keputusan parti itu tidak mencalonkan semula Nasharudin Mat Isa.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, semua gerak kerja politik sudah dilaksanakan di peringkat kepimpinan dan akar umbi bagi menghadapinya dan yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dalam mencapai misi pelaksanaan Bachok Baru Bachok Maju.Beliau berkata, sama ada calon tempatan atau sebaliknya yang dicadangkan oleh Pas bagi kerusi Parlimen Bachok, ia tidak menjadi persoalan penting kepada strategi dan gerak kerja UMNO bahagian ini kerana keutamaan yang menjadi teras perjuangan ialah memberi perkhidmatan dan membela kebajikan rakyat.

“Selama ini pun, dalam kekalahan UMNO dan BN di Kelantan, pemimpin UMNO setempat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib rakyat secara telus, tanpa diskriminasi dan tidak mempersoalkan fahaman politik rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana