Wakil Anak Muda Selangor Persoal Penipuan Isu Perumahan

SHAH ALAM 29 Dis - Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi diminta memberi penjelasan berhubung isu perumahan yang didakwa wujud unsur penipuan.Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan Kerajaan Negeri yang enggan memberi sebarang maklum balas berhubung pendedahan itu menguatkan lagi fakta percanggahan maklumat berdasarkan pembentangan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) 26 Mac lalu."Terbaru, Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor."Namun, selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status kos tinggi," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat tapak Karnival Sayangi Selangor yang bertempat di I-City hari ini.

Turut serta pada sidang media ini termasuklah Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak PKNS menukar status perumahan yang bertentangan dengan cadangan awal pembinaan iaitu bertaraf kos sederhana."Pihak kami telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu."Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430 ribu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana