PAS sudah sedia ditolak rakyat?...Alhamdulilah Kalau Betul Lah


SHAH ALAM: PAS perlu bersedia menerima penolakan rakyat terhadap parti itu jika mereka cuba menghidupkan kembali 'Amanat Hadi' yang berusia lebih tiga dekad itu, kata Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Tindakan menghidupkan kembali amanat itu katanya, hanya akan membuka mata rakyat khususnya penyokong tegar parti Islam itu bahawa 'nasihat' Presiden PAS itu tidak kena pada konteksnya sama sekali.
"Kalau dia dedahkan kembali kepada masyarakat dan masyarakat akan menilai semula kenyataan secara kritris dan melihat balik dengan merujuk kepada sumber-sumber ilmu yang muktabar jadi benda itu boleh dibahaskan.
"Kalau berani dia keluarkan dan dinyatakan semula, itu akan menyebabkan 'back-fire' kepada dia (Hadi) juga," katanya ketika dihubungi Antarapos.Semalam Dewan Ulama Pas Kelantan mencadangkan amanat tersebut dihidupkan semula kerana kononnya suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Hadi menarik balik amanat itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.
Bagaimanapun, pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Hadi dan mahu amanat itu dikekalkan.
Mengulas lanjut Abdullah berkata jika masyarakat tetap tidak boleh menerima amanat tersebut, ulama PAS itu harus bersedia untuk hilang kredibilitinya dan kewibawaannya.
"Benda ni yang pertama akan beri impak politik. Yang kedua kalau mereka berbincang secara jujur dan ikhlas memang boleh dapat penyelesaian tetapi saya tak nampaklah benda itu akan berlaku. Apa yang akan berlaku dari segi impak politik kepada parti atau penyokong-penyokong parti terlibat," ujarnya.Abdullah kemudiannya menuntut Hadi menyatakan pendiriannya dan tidak cuba menyerahkan kepada mana-mana pemimpin kanannya untuk membuat kenyataan bagi pihaknya."Yang sepatutnya tampil (adalah) Haji Hadi sendiri, kenapa terpaksa (guna) ulama negeri Kelantan ataupun orang-orang lain yang menjadi jurucakap dalam hal amanat itu," katanya.
Sehingga kini Hadi terus membisu dan tidak memberikan sebarang reaksi tentang amanat yang dikeluarkannya di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.Amanat tesebut telah menyebabkan pengikut ekstrim PAS ketika itu mengkafirkan sesama umat Islam, menyebabkan wujudnya fenomena dua imam dalam satu masjid dan meruntuhkan institusi kekeluargaan.Amanat itu juga menyebabkan terjadinya peristiwa Memali yang menyaksikan 14 nyawa terkorban, berpuluh cedera dan beratus ditangkap, apabila golongan ini bertempur dengan kerajaan pemerintah tatkala itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana