PANAS! ULAMA MULA TINGGALKAN PAS...

Penulis berkesempatan minum petang di Jerantut dengan seorang bekas ulama dalam PAS yang kini sudah uzur dan tidak aktif politik.

Namun beliau sekarang tidak lagi menyokong perjuangan PAS. Menurut beliau, PAS tidak seperti dulu yang teguh pendirian dalam memperjuangkan Islam.
...
Penulis tidak berminat untuk mendedahkan siapa ulama ini. Tapi penulis ingin mendedahkan gelombang perpecahan yang wujud di dalam PAS sekarang menurut cerita beliau.

Sejak parasit-parasit di dalam PAS mula menguasai jawatan-jawatan penting dalam PAS. PAS sudah hilang hala tuju. Ini bermula sejak kemenangan Mahfuz Omar sebagai ketua pemuda PAS .

Fenomena itu berterusan ketika Anwar dipecat dari UMNO. Ramai penyokong Anwar yang mengambil keputusan menyertai PAS seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Saari Sugib dan lain-lain. Tidak ketinggalan mereka yang bersama-sama dengan Anwar ketika di dalam ABIM.

Parasi-parasit di dalam Pas???
"Mereka ini pandai cakap, ramai orang setuju dengan pandangan mereka ketika mesyuarat. Sebab itu mereka dapat tempat dalam PAS", katanya.

"Selepas kematian Bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, gelombang perpecahan ini semakin kelihatan. PAS dan UMNO sama sahaja, tidak terlepas dari mereka yang rebutkan kuasa. Cuma UMNO dapat publisiti meluas kerana mereka pemerintah", katanya.

"Di dalam PAS sebenarnya penuh dengan pergolakan. Ada yang syiah, ada yang pro militan. Mungkin ketika itu musuhnya sama, UMNO. Jadi masing-masing sepakat boleh duduk sama", katanya.

Menurut beliau lagi, Ulama seperti Datuk Haron Din, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Taib Azamuddin mula melahirkan kekecewaan mereka dengan sikap parasit di dalam PAS ini.

"Mereka mungkin menyokong pemerintah (UMNO) selepas ini kerana banyak yang tidak betul dalam PAS sekarang", katanya.

"Jika puak ni gagal sekali lagi dalam pemilihan PAS, tidak mustahil mereka akan cabut. Mereka ini memang impikan melihat kita orang Melayu bersatu", katanya.

( Dari Sumber )

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana