'Umno berpotensi untuk menang' - Veteran Umno...Alhamdulilah


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak boleh mendabik dada mendakwa mereka mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di negeri-negeri tertentu, kata bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.Ini kerana katanya, Pakatan jelas mempunyai rekod buruk di hampir seluruh negeri yang ditadbir.“Saya nampak tidak ada negeri yang Pakatan boleh katakan dia yakin menang kerana tiap-tiap negeri ada masalah."Tapi begitu juga negeri yang Pakatan menang, Umno nak kata dia tentu menang pun payah juga," katanya kepada Antarapos.Walaupun mengakui Umno dan Barisan Nasional (BN) berpotensi untuk mengekalkan kemenangan pada pilihan raya nanti, Sanusi menegaskan parti pemerintah itu juga tidak boleh terlalu yakin dengan peluang mereka.Sebaliknya, kata pemimpin veteran Umno itu, ahli-ahli parti perlu lebih kerap turun padang bertemu dengan pengundi.

Katanya, melalui usaha itu, hubungan di antara pemimpin dengan rakyat akan semakin akrab seterusnya diterima baik oleh masyarakat.“Potensi untuk Umno menang itu cukup mudah. Malahan di Kelantan juga kalau kita orang-orang Umno turun berkawan di bawah...pemimpin PAS dia buat begitu (di Kelantan)."Orang Kelantan ini dia paling pantang orang sombong. Kalau orang itu baik, saya tengok dia terima. Orang PAS Johor bertanding di Kelantan orang Kelantan terima, orang PAS Perlis bertanding di Kelantan orang Kelantan terima,” katanya.

Seru ahli Umno taat kepada parti

Selain itu, Sanusi yang juga bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung Umno turut menasihatkan ahli-ahli supaya sentiasa taat kepada parti yang menurut beliau telah lama berbudi kepada rakyat di negara ini.“Kita kena setia kepada parti, kita kena setia kepada Perlembagaan (Persekutuan) dan kita kena setia dalam konteks kepada parti yang telah berbudi kepada kita,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan golongan ulama agar tidak terbawa-bawa dengan politik sehingga meletakkan kedudukannya melebihi agama.“Ulama mestilah setia kepada pendirian (iaitu) agama itu mempengaruhi politik kita. Jangan politik mempengaruhi agama. Bila politik mempengaruhi agama, jadilah kelam-kabut macam sekarang,” ujar beliau.

Anak jati Kedah ini mula melibatkan diri dalam bidang politik sebagai ahli Umno Seremban sewaktu mula bekerja pada tahun 1963.Namun begitu sekitar Mei 2008, Sanusi mengumumkan hasrat beliau mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Beliau bagaimanapun tidak pernah secara rasmi menyerahkan surat keluar parti dan menegaskan yang dirinya akan tetap menyokong Umno yang telah menaungi orang Melayu sejak sekian lama.

Selain itu, percaya perpaduan Melayu dan ummah adalah jawapan kepada masalah politik negara ketika ini, Sanusi beliau turut berharap agar Umno dan PAS dapat kembali bekerjasama demi memastikan Malaysia kekal ditadbir oleh orang Melayu.“Saya yakin bahawa perpaduan Melayu dan perpaduan ummah itulah jawapan kepada masalah politik."Dan saya tetap akan menyokong Umno dan BN dan saya juga menyokong supaya Umno dan PAS bekerjasama semula untuk memperkuatkan negeri ini supaya negeri ini kekal sebagai negeri Melayu,” tegas beliau.

Umno perlu jiwai semula sistem demokrasi

Sanusi seterusnya berpendapat parti Umno sejak kebelakangan ini sudah semakin kurang demokratik hingga mengakibatkan berlakunya banyak permusuhan di kalangan pemimpin Umno.Justeru, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya berlapang dada dan tidak menganggap sesiapa yang bertanding merebut jawatan yang disandang sewaktu pemilihan parti sebagai musuh.

“Sebagai sebuah parti yang sudah lama dengan demokrasi yang kita amal, dengan sifat kita yang kurang demokratik, sudah banyak permusuhan antara ahli-ahli dalam parti sendiri.
“Walaupun kita sudah berlawan, kita mesti dapat melihat kebaikan kepada orang yang kita lawan itu."Tentulah manusia itu ada benda yang dia boleh buat lebih. Walaupun kita benci pada dia, tentu dia ada kelebihan," katanya lagi.

Ujar Sanusi, pihak terbabit seharusnya dihargai memandang setiap orang memiliki kelebihan masing-masing yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan negara.Beliau menjadikan era pemerintahan bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tetap memberikan jawatan kepada individu yang pernah berselisih faham dan memusuhinya, sebagai contoh.

Khuatir permusuhan dalaman menjelang PRU

“Macam zaman Tun Dr Mahathir umpamanya, walaupun dia tahu Tengku Razaleigh tak dengar nasihat dia jangan lawan Musa, dia lantik semula jadi menteri."Walaupun Datuk Musa lawan dengan dia, dilantik semula memegang jawatan macam-macam,” katanya.

Mengulas lanjut, Sanusi melahirkan rasa khuatir beliau terhadap situasi berkenaan yang katanya semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.Disebabkan kurangnya semangat demokratik tegas beliau, maka setiap kali pemilihan parti diadakan pasti akan wujud permusuhan di kalangan mereka yang bertanding.Justeru, beliau menekankan agar setiap ahli Umno dapat menjiwai semangat melihat kelebihan yang ada pada pihak yang menentang mereka.

“Jadi kita kena ada semangat ini... semangat dapat melihat kelebihan yang ada pada orang yang lawan dengan kita.“Jadi saya rasa setelah 60 tahun Umno, setiap dua atau tiga tahun (akan) ada pertandingan. Setiap pertandingan itu, kerana kita tidak mengamalkan proses demokratik, tidak berjiwa demokratik, acara itu sudah menjadi acara permusuhan sehingga kadang-kadang kita tak boleh tengok rupa orang itu walaupun kita satu parti,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana