Ulasan Dr Hassan Ali Mengenai Keputusan PAS Isu Salon rambut....

PAS SEKALI LAGI KANDAS. APA DAH JADI?

28 November 2012 - Masyarakat Islam menjadi bertambah ragu dan semakin hilang keyakinan terhadap kemampuan PAS melaksanakan peraturan hidup berlandaskan Islam. Langkah kecil yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui MPKB untuk melaksanakan peraturan melarang penggunting d...
an pendandan rambut perempuan bukan Islam melakukan kerja-kerja pendananan ke atas laki-laki termasuk yang bukan Islam kini dijadikan isu dan hangat diperkatakan.Walaupun diasak oleh DAP menerusi jaguhan anti Hudud dan anti Negara Islamnya Karpal Singh, namun seperti yang dilaporkan kelmarin Kerajaan Negeri Kelantan/MPKB tidak akan berganjak dan akan terus melaksanakan peraturan itu. Kenyataan YB Datuk Takiyudin Hasan, Exco yang bertanggungjawab dalam hal ini dilihat begitu komited dan tegas untuk menguatkuasakan peraturan itu yang telah dikuatkuasakan sejak 1991 lagi. Ketegasan beliau membawa sedikit harapan bagi masyarakat Islam untuk melihat sekurang-kurangnya terdapat usaha kecil untuk mendaulat dan seterusnya menjelmakan syiar Islam di Kota Bharu Bandaraya Islam.
Tiba-tiba lewat petang kelmarin, Presiden PAS meminta Kerajaan Negeri/MPKB menimbangkan semula langkah yang mereka ambil setelah mendapat bantahan keras daripada DAP. Apalah nasib PAS setiap langkah dan tindakannya sentiasa mendapat tentangan dan bantahan daripada rakan sejawat khasnya DAP. Pimpinan tertinggi PAS pula sering campur tangan dan akhirnya menyebelah kepada kemahuan dan tuntutan DAP. PAS
berulangkali cuba meyakinkan masyarakat Islam bahawa ianya tidak akan berganjak untuk melaksanakan Hudud dan Negara Islam apabila parti Islam itu bersama PKR dan DAP berjaya menawan Putrajaya. Dalam Muktamar ke 58 yang baru berakhir 2 minggu lalu, perkara yang sama pun terus ditimbulkan. Jawapan yang sama diberi menyebabkan ahli-ahli PAS yakin dengan janji-janji pimpinan tertinggi mereka. Akibat termakan janji-janji manis itu mereka tidak lagi mengasak pimpinan untuk mendapatkan kepastian mengenai pelaksanaan Hudud dan Negara Islam itu.

Persoalan yang bermain di kepala masyarakat Islam kini, apakah PAS benar-benar jujur dan yakin serta berkebolehan dan berkemampuan melaksanakan Hudud dan Negara Islam apabila matlamat ke Putrajaya menjadi kenyataan? Rekod yang ada menunjukkan di awal-awal lagi PAS sudah tersungkur dan tersembam ke bumi apabila parti itu cuba melaksanakan beberapa peraturan yang dikira dapat mencerminkan peraturan hidup bersendikan Islam.
Peristiwa menutup pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah 2 tahun yang lalu, peraturan mensyaratkan model-model wanita yang menghiasi papan iklan menutup aurat dan terkini peraturan tidak mengizinkan penggunting dan pendandan wanita bukan Islam melakukan dandanan ke atas lelaki menserlahkan segala-galanya.

Rakyat memahami bahawa pemecatan Dato’ Dr Hasan Ali daripada menjadi ahli PAS dan penggugurannya dari menjadi anggota Exco Selangor adalah disebabkan oleh ketegasan dan komitmen beliau memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Exco Hal Ehwal Islam. Beliau cuba menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah di Negeri Selangor yang melibatkan arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan sebagainya. Peristiwa di DUMC dalamana Dato’ Dr Hasan sekali lagi bertegas menguatkuasakan peraturan anti murtad menjadi faktor penentu terhadap pemecatan beliau. Umum mengetahui bagaimana ketika itu DAP dan PKR terus menerus mendesak dan mengasak PAS supaya bertindak tegas terhadap Dato’ Dr Hasan. Akhirnya, tanpa ada pertuduhan, tanpa diberi ruang dan peluang membela diri walau seminit pun, Dato’ Dr Hasan dipecat. Cara pemecatan beliau dilakukan terang-terang membelakangkan prinsip-prinsip keadilan yang digembar gemburkan oleh parti Islam itu.
Sedikit rentetan peristiwa yang digambarkan itu pasti mengundang lebih banyak tanda soal di dalam kepala dan benak masyarakat Islam di negara ini. Ada pihak mengatakan bahawa pimpinan PAS hanya bermain politik termasuk yang melibatkan perkara-perkara pokok yang berkait dengan dasar perjuangan parti. Ada pula pihak yang lebih lantang tanpa bersembunyi-sembunyi mengatakan bahawa PAS cuba menipu masyarakat Islam mengenai pelaksanaan Hudud dan Negara Islam disamping meraih undi masyarakat bukan Islam. Semuanya ini dilakukan untuk menghormati Buku Jingga. Buku Jingga mesti dirujuk dan restui oleh DAP dan PKR mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum PAS dapat melaksanakan sebarang peraturan yang berkaitan dengan Islam.

Masyarakat Islam di negara ini bukan lagi masyarakat yang boleh “mengenggehkan” sahaja apa yang cuba disumbat di kepala mereka. Masyarakat Islam sudah begitu dewasa dari sudut minda, kemampuan berfikir dan menilai sesuatu menggunakan kotak minda yang waras. Jika inilah mainan dan percaturan PAS, rakyat khususnya penduduk Islam memiliki banyak “peluru” untuk menembak jatuh parti itu dalam PRU-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana