Roboh Kuil Hindu Di Sepang, Xavier Dituntut Memohon Maaf...Perghh Kaum India Sudah Bangkit Ha ha ha...

Pemuda MIC Selangor mendesak agar Exco Selangor, Xavier Jeyakumar agar memohon maaf kepada seluruh penganut Hindu apabila Exco berkenaan mempertahankan tindakan anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang merobohkan sebuah kuil di dalam kawasan rumah di Sepang.

20 November lalu, sepasukan anggota penguatkuasa MPS telah datang dan menceroboh rumah S.Gobi Kumar sebelum memecahkan dan menghancurkan kuil kecil yang terletak di penjuru porch rumah berkenaan.Membina tempat sembahyang di luar rumah sudah menjadi sebahagian daripada budaya di negara ini, khususnya di kalangan masyarakat berketurunan Cina dan India. Malah Pakatan Rakyat ketika berkempen dalam PRU12, turut berjanji tidak akan sama sekali memusnahkan mana-mana tempat ibadat.Bagaimanapun, apabila berkuasa, Pakatan Rakyat ternyata tidak berpegang teguh dengan janji yang dibuat. Pemusnahan tidak sahaja dilakukan terhadap bangunan-bangunan rumah ibadat yang terletak di atas tanah kerajaan, bahkan di atas tanah sendiri pun, ia akan mendapat respons yang sangat negatif daripada Pakatan Rakyat.Agak aneh juga kali ini apabila Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang cukup prihatin dengan kaum dan agama selain Islam, tidak bersuara. Ahli Parlimen Shah Alam itu yang sebelum ini begitu tegas mempertahankan pemindahan sebuah kuil ke kawasan majoriti orang Islam tahun lepas, kali ini seperti tidak diberitahu tentang masalah yang melanda S.Gobi Kumar di Sepang.

KAUM INDIA AKAN MENGHUKUM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DENGAN HABIS HABISAN...BERPELUHLAH KETIAK KHALID DAN ANWAR BEB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana