Najib laungkan azam UMNO…tak akan biar negara hancur ditangan pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13 dengan penuh semangat menyuarakan azam parti itu tidak akan membiarkan Malaysia hancur oleh cacamarba dan janji-janji bohong ditabur pembangkang, bagi mengelakkan rakyat merempat di negara sendiri.
Serentak dengan itu beliau menyifatkan PRU13 adalah sangat penting kerana ia akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita."Saya selaku Presiden Umno bersama timbalan presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," katanya.
Beliau berkata calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah iaitu bukan sekadar diterima oleh lingkungan parti tetapi hendaklah juga disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.Dalam memastikan kemenangan BN pada PRU-13, Najib menekankan pentingnya disiplin berorganisasi sebagai faktor tonggak yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana