Gambar Keluar Airmata Dan Sedihnya dengan Ucapan Presiden Parti....

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang cukup tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu bahan eksperimen untuk bertukar-tukar kerajaan.Beliau berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu.
"Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."Ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra.Perdana Menteri berkata, lima tahun merupakan satu jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku jika ia diserah ke tangan orang yang salah.Malahan tegas beliau, sesebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur.Atas dasar itu, beliau menyeru para pemimpin UMNO agar rajin berkhidmat untuk rakyat, berwibawa dan rendah diri bagi memastikan rakyat terus memberikan keyakinan kepada parti.

 Najib sekali menegaskan rakyat pada hari ini sudah bijak membezakan antara pemimpin yang benar-benar empati kepada mereka atau yang hanya muncul pada setiap kali pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana