Khalid: Jual aset PKNS tampung perluasan operasi...Khalid Bacul

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mungkin perlu menjual asetnya bagi menampung perluasan operasinya.
 Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.
 "Namun, ia terpulang kepada keputusan yang akan dibuat oleh (Lembaga Pengarah PKNS)," katanya ketika ditemui di majlis jamuan Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf di sini.Beliau ditanya sama ada pemindahan lima aset PKNS bernilai RM321 juta kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS adalah langkah awal untuk penjualan aset berkenaan.Abdul Khalid berkata pengurusan PKNS menerima idea untuk memperbesarkan lagi operasinya memandangkan ia kini ketinggalan berbanding CapitaLand Ltd, pemaju hartanah dari Singapura yang ditubuhkan selepas PKNS.
"Jadi kita mahu PKNS jadi besar. Ini tidak merugikan Selangor ataupun Malaysia," katanya.
Ditanya sama ada PKNS lebih mementingkan keuntungan daripada melaksanakan agenda orang Melayu, beliau berkata kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam pengurusan PKNS dan mereka berusaha menjayakan agenda kaum itu dan agenda negara.Mengenai cadangan kenaikan sewa lot kedai di Kompleks PKNS di sini, Abdul Khalid berkata usahawan Bumiputera yang tidak mampu membayar sewa Kompleks PKNS di sini, akan diberi bantuan.Ditanya tentang isu bantahan pembinaan kondominium berhampiran Batu Caves, beliau berkata perkara itu akan dibincang dengan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri bagi melantik satu jawatankuasa khas untuk menangani isu pertikaian kelulusan pembinaan kondominium itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana